'Saya takkan lupakan senyuman terakhir arwah' - Isteri meninggal dunia selepas 18 bulan hidap kanser
Pada bulan Mac yang lalu, mereka baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh. Sambutan ulangtahun perkahwinan mereka menjadi viral berikutan pasangan ini mengadakan sesi fotografi memakai pakaian pengantin diiringi anak-anak mereka.
Netizen turut berasa sebak dengan kapsyen yang ditulis oleh isteri kepada Carlose Azizol yang meminta agar suaminya dapat menjaga anak-anaknya jika dia sudah tiada lagi. Difahamkan, Suzana Shafii sedang berjuang dengan kanser otak tahap empat yang dihidapinya.
Sekuat mana kita menyayangi seseorang, sudah pasti akan tiba masanya dia akan kembali pada penciptaNya. Pada 9 Julai lalu, isteri kepada Carlos Azizol sudah meninggal dunia.
Carlos Azizol melalui status di Facebook melahirkan ucapan terima kasih beliau kepada semua yang telah mendoakan buat arwah isterinya. Statusnya juga membuatkan netizen berasa sedih dengan kehilangan isterinya.
Netizen turut memuji sikap beliau yang sentiasa bersama isterinya selama setahun enam bulan memerangi kanser.
ASSALAMUALAIKUM. Akhirnya kau pergi jua. Terima kasih pada semua yang telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri. 1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser. 1 tahun 6 bulan juga saya bejuang untuk dirimu.
Alhamdullilah dapat kami lalui bersama tanpa rasa gentar. Semoga arwah isteri ditempatkan dikalangan syuhada. Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya. Semoga saya dapat bersatu kembali bersama arwah isteri saya. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.
Terima kasih pada mak ayah, mak mertua dan pak mertua, adik beradik ipar duai, sepupu-sepupu dan makcik-makcik yang tidak putus-putus datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yang saya tanggung.
Terima kasih jugak pada kawan-kawan isteri dan kawan-kawan saya yang tidak jemu datang melawat dan memberi kata-kata semangat agar saya kuat menghadapi hari mendatang. Terima kasih pada ribuan orang yang hadir melawat isteri saya.
Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak-anak kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang.
Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak-anak serta ahli keluarga, dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai-renyai selepas selesai. Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayat mu. Semoga mendapat husnul khotimah. Aku redha akan takdir ini. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai, pejuangan ku masih belum selesai.
#AlwaysBeWithU
#TheBestCancerFigther
#PerjuanganKuBelumSelesai.
#TungguAkuDiPintuSyurga.
#WanitaTeristimewaDuniadanAkhiratku
#BidadariSyurgaku
#MyOnlySyuhadah
#SehinggaMenutupMataku
#Redha
Sumber: Carlose Azizol
Post a Comment