'Awak tengok sendiri muka dia pucat, kelopak mata dan tangan pun pucat' - Akibat kekurangan nutrisi, anak demam hampir setiap bulan
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menentukan dan mengawasi pengambilan makanan anak untuk perkembangan minda yang cerdas dan tubuh badan yang sihat. Namun kebanyakan ibu bapa hari ini lebih gemar membiarkan anak-anak makan apa sahaja jenis makanan secara tidak terkawal sehingga membentuk satu generasi gemuk dan berpenyakit.
Kebiasaannya ia sering dikaitkan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti kardiovaskular, masalah pernafasan, darah tinggi, masalah reflux (GERD), diabetes dan pelbagai masalah yang lain. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.
Perkongsian dari Puan Adila Azurin di bawah adalah mengenai anaknya yang mengalami anemia. Setelah diperiksa pihak hospital, anaknya mengalami kekurangan nutrisi. Selain itu, anaknya juga dikatakan mempunyai simptom-simptom PICA, penyakit di mana seseorang itu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.
Sungguhpun anaknya kini sudah pulih sepenuhnya, Puan Adila menasihatkan golongan ibu bapa tidak memandang ringan dengan masalah anak kurang makan atau tak nak makan lansung bagi mengelakkan kejadian yang menimpa anaknya berlaku kepada kanak-kanak yang lain. Semoga bermanfaat.
"TAK apa, nanti anak dah besar, pandailah dia nak makan," pernah terfikir seperti ini? Ubah sebelum anda menyesal di kemudian hari.
Raya baru ini ramai yang bertanya tentang kesihatan Adra. Untuk pengethuan, tiga bulan lepas, Adra warded selama tiga hari di hospital kerana masalah anemia. Kurang Hemoglobin (HB) dalam sel darah merah. Kalau nak tahu, HB inilah yang membantu membawa oksigen dari paru-paru disalurkan ke seluruh badan.
Sebelum warded hospital, saya bawa Adra ke Klinik Kesihatan (KK) untuk buat ujian darah sebab dalam sebulan itu Adra kerap demam, hampir setiap bulan. Sebelum ini Adra memang jarang demam. Kalau demam pun tak lama. Hari ini demam, esoknya dah sembuh. Saya yakin Adra susah kena penyakit sebab saya fully breastfeed sampai setahun setengah. Pada sangkaan saya, tahap keimunan badan dia mesti kuat.
Tetapi entah kenapa bulan April lalu, Adra demam dua kali dalam sebulan. Pertama kali Adra buat ujian darah di KK, terus dia dirujuk ke hospital kerana bacaan HB dia pada masa itu 5, sedangkan bacaan yang normal untuk kanak-kanak adalah 13. Kurang dari separuh. Arghh! Terkejut saya. Tanya dokor apa puncanya, tetapi dokor beritahu pihak hospital akan buat pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti puncanya.
Balik rumah terus pack baju, serah diri ke hospital. Sebabkan masalah Adra berpunca dari darah, memang kena ambik darah je dari dia mula masuk hospital sampai la nak discaj. Kesian dia kena cucuk banyak kali. Saya pun tak sanggup nak tengok lebam-lebam kat tangan dia.
Lepas ambil darah. Doktor tanya macam-macam soalan.
"Awak tengok sendiri muka dia pucat, kelopak mata pun pucat, sini tengok tapak tangan dia. Bandingkan dengan tapak tangan awak. Pucatkan? Ada tak dia sesak nafas? Berak dia ada keluar darah? Famili ada yang hidap talesemia tak?"
"Tak ada doktor, cuma sebelum ni dia demam dekat 5 hari on off on off, saya bagi PCM macam biasa tapi saya tengok dia lemah. Tak nak main sangat, asyik baring je. Makan kurang, tapi menyusu macam biasa. Kami tak ada talesemia, cuma saya je during pregnancy HB memang low."
"Ok tak apa kita akan buat Full Blood Count (FBC) untuk tengok apa masalah sebenar."
Hampir tiga hari Adra warded di hospital. Setiap hari doktor yang round ward akan tanya.
"Anak minum susu apa ibu? Selera anak macam mana? Dekat rumah bagi makan apa?"
"Kita tengok anak ibu memang tak ada masalah apa. Mungkin masalah dia kurang darah merah ni sebab cara pemakanan dia tak berapa betul. KURANG NUTRISI."
Allah! Tak tahu nak cakap macam mana, segan pun ada bila doktor cakap Adra kurang zat. Rasa macam kita tak bagi anak makan sampai dia jadi kurang zat.
Anak sulung saya, Adam lagi picky. Tapi dia tak ada pun masalah anemia. At least Adra makan nasi walaupun berlaukkan sup ayam hampir setiap hari. Saya selalu ingat tak apa kalau budak-budak tak nak makan sekarang, akan datang bila dia makin membesar, masa tu selera dia akan berubah. Tapi memang silap bila sangkaan saya tu. Apapun memang kena dididik dari awal.
Lepas dari Adra mula campur susu saya tak bagi dia minum susu fm. Adra memang minum fresh milk sahaja selain dari ebm. Saya belajar dari Adam dulu, salah satu punca anak tak nak makan bila dia dah terlalu craving susu yang manis. Adam pulak minum susu coklat. Kalau kurangkan portion susu dia pun, still tak nak makan. Adam cuma makan nasi yang ada rasa, macam nasi lemak (fav Adam), nasi ayam, nasi biryani. Semuanya makan tanpa lauk.
Lain sangat dengan Adra, dia memang suka makan. Mungkin masa mengandungkan dia, saya memang tak ada alahan dan makan apa sahaja. Jadi nak suap Adra makan lebih mudah dan dia memang berselera.
Tapi saya perasan dia kurang makan masa saya mengandungkan anak ketiga, Hayat. Tak tahu sama ada simptom nak dapat adik ke apa. Orang kata kalau anak kita nak dapat adik memang perangai akan berubah sikit. Maybe betullah kot.
So saya pun ok asalkan dia minum susu macam biasa. Waktu tu pun saya memang tak larat sebab mengandung, nak kejar nak paksa makan ke apa memang tak larat sangat. Hari hari sebelum pergi kerja saya akan masak lauk tuk Adra. Sup ayam, sup bayam. Dua tu memang fav Adra. Kalau tak larat saya akan beli je dekat kafe ofis sambil sambil cari menu baru yang kena dengan selera Adra.
Tapi Adra tetap macam tu, makan sesuap dua lepas tu tak nak makan. Makin lama, Adra makin pelik bila dia dah start mengutip benda yang pelik-pelik masuk dalam mulut. Jangan tak percaya Adra suka makan rambut. Yes dia suka makan RAMBUT dia sendiri.
Terkejut sangat bila satu hari balik dari ofis tengok rambut Adra dah botak sebelah. Sampai banyak macam tu sekali Adra makan rambut dia. Sedih bila saya dengan suami terpaksa decide untuk pendekkan rambut dia. Kesian nak botakkan rambut dia plus masa tu dah nak raya. Dengan badan yang makin kurus, rambut tak ada sampai ada yang tanya.
"Adra luekimia ke?" Allah. Mintak dijauhkan.
Then saya dan suami decide bawak Adra jumpa doktor pakar kanak-kanak. Cerita dari A to Z. Doktor bagitau yang Adra ada simptom PICA. Penyakit yang mana seseorang tu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.
"Anak awak cuma makan rambut, ada saya jumpa makan sabun, makan tanah. Ye memang gejala PICA anak awak ni."
Huaaaa lagi la sebak. Salah aku ke tak paksa anak makan. Stress sampai rasa nak tarik rambut sendiri pulak. Doktor pakar tu ada share beberapa teknik macam mana nak pujuk anak supaya makan semula terutama yang picky ni.
"Kita ibu ayah, kita yang sepatutnya kawal anak-anak, anak patut dengar cakap kita, bukan kita yang ikut semua kemahuan anak. Tak apa saya ajar macam mana tuk awak bagi dia makan, kanak-kanak yang picky macam anak awak ni memang ada cara dia."
Ini doktor explain antara punca kenapa Adra boleh dapat anemia.
1) Minum susu segar yang mana kandungan zat besi dalamnya adalah rendah. Tak salah nak bagi anak minum susu segar, tapi pemakanan kena jaga sama. Jadi ibu-ibu yang memilih untuk berikan susu formula pada anak-anak, baca label dan pilih susu yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.
2) Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi. Walaupun kadang Adra makan, tapi sup ayam kurang kandungan zat besi. Jadi tukarkan kepada menu yang lebih kandungan zat besi seperti sup daging lembu, sayur atau buah setiap hari. Bayam dan jambu batu contohnya.
3) Tiada ambil makanan tambahan atau suppliment kanak-kanak untuk tampung kekurangan zat besi yang sesuai dengan keperluan tubuh badannya.
So Ibu/mama/mommies/umi luar sana jangan pandang ringan bila anak kurang makan atau tak nak makan lansung. Zat besi memang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan anak-anak akan mengalami gangguan dalam pembelajaran terutama matapelajaran matematik. Ini apa yang doktor sharekan pada saya. Wallahualam.
Sampai sekarang saya ingat apa yang doktor tu cakap dan ajarkan. Keadaan Adra dah semakin baik. Hikmah jugak saya cuti bersalin 3 bulan ni, hari-hari saya boleh suap Adam, Adra makan dengan tangan sendiri. Tak makan saya dah siap sediakan rotan panjang dekat sebelah. Tak makan, haaa siap la!
Slow-slow tabiat pelik dia berkurang, makan rambut tu alhamdulillah hilang sepenuhnya. Doakan kesihatan Adra bertambah baik. Inn shaa Allah. Anak menangis tak apa, jangan kita yang menangis menyesal kemudian.
Sumber: Adila Azurin
Post a Comment