Peraih getah dedah niat nak nikah sejak isteri ketiga berusia 7 tahun
Lapor Harian Metro, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia juga telah menyuarakan niatnya itu kepada rakannya selain menunjukkan gambar kanak-kanak itu ketika berada di tanah suci Makkah. Kebanyakan daripada rakannya bersetuju memandangkan isterinya tidak bersekolah, selain berasal dari keluarga miskin.
Bagaimanapun katanya, dia tidak pasti apakah yang membuatkan dirinya mahu berkahwin dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan anaknya itu. Namun menegaskan ia bukan kerana hawa nafsu, tetap sikap mahu melindungi dan menjaga kebajikan kanak-kanak itu.
"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, hanya orang luar yang terkejut dengan berita berkenaan kerana kebanyakan penduduk kampung serta rakan saya sudah mengetahui perkara itu sejak sekian lama.
"Saya kenal dia sejak dia kecil lagi kerana tinggal berjiran. Malah saya mengajar al-Quran kepada anak serta dia juga.
"Ketika itu, saya kata pada diri ‘satu hari nanti saya akan ambil budak ini sebagai isteri’ dan akhirnya saya mengotakan perkara itu empat tahun kemudian.
“Percayalah....ajal, maut dan jodoh daripada Allah...cacilah, kejilah saya, namun saya sedikit pun tidak rasa putus asa atau takut untuk meneruskan perkahwinan ini kerana tanggungjawab baru saya selain mendidik dia supaya semakin mendekatkan diri kepada Allah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Jelasnya, sejak mereka berkahwin, dia sudah berjanji tidak akan sesekali menyentuh isterinya sehinggalah dia berusia 16 tahun.
"Jika saya berkahwin hanya kerana nafsu, sudah tentu kami tinggal bersama dan tidak perlu menunggu sehingga lima tahun. Namun, selepas berkahwin saya berasa lega kerana boleh membimbingnya mendekati Allah selain menjaga kebajikannya tanpa dosa.
"Saya sedar ramai yang mengecam dan marahkan saya, namun mereka orang luar yang tidak kenal saya mahupun keluarganya," katanya yang juga berharap agar ketiga-tiga isterinya dapat hidup secara harmoni dan berkasih sayang.
Tetapi difahamkan, isteri ketiga masih belum bertemu lagi dengan isteri pertama dan kedua bagi menjaga hati mereka.
"Saya berjanji akan mengemudi rumah tangga kami dengan baik. Hentilah kutuk kami, sebaliknya sama-sama berdoa untuk kebahagiaan kami sekeluarga," katanya.
Sumber: Harian Metro
BERITA BERKAITAN:
- Kahwin budak 11 tahun, peraih getah didenda RM1,800
- 'Jika budak itu masih menjadi pilihannya, saya dan isteri pertama undur diri'
- 'Walaupun ramai yang menentang, saya takkan lepaskan isteri ketiga'
- 'Saya takkan lepaskan isteri ketiga' - Lelaki nikah dengan budak 11 tahun pertahankan keputusannya
- 'Saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya' - Ayu tegaskan dia sayangkan suaminya
- 'Tiada guna perkahwinan in diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai dari suami kahwini budak 11 tahun
Post a Comment