'Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk' - Tweet kurang ajar, netizen kecam pemimpin UMNO


Padah memuat naik kenyataan kurang ajar, biadab dan tidak sensitif terhadap kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee atau Eddie Eng, 40, pemimpin UMNO Datuk Mohd Razlan Rafil dikecam teruk di media sosial, lapor Harian Metro

Tweet yang dimuat naik oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu seolah-olah memberikan gambaran dia bersyukur dengan kematian ahli DAP itu. 

"Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia! Kurang lagi kaki fitnah! Aman Malaysia! RIP," tulisnya. 


Pada awalnya, ada netizen yang menegur dan menasihati Razlan untuk memadamkan tweet tersebut. Malangnya, Razlan enggan berbuat demikian dan tetap mempertahankan tweet biadabnya itu. 

Eddie Ng dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis makan malam di Kuala Lumpur. 

Tweet itu juga mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kesal dengan tindakan tidak beradab pemimpin UMNO itu. 

"Orang Melayu tak dididik untuk menghina mangsa kemalangan. Dia ada keluarga, ada maruah yang perlu dijaga. 

"Kalau inilah UMNO baru, memang jauh sekali dari peradaban Melayu. Budi bahasa budaya kita," ujarnya. 

Pemimpin UMNO, Zaidel Baharuddin turut membantah kenyataan Razlan yang jelas sekali bersikap kurang ajar. 

"Saya bantah sikap kurang ajar dan dangkal ini. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk punyai akhlak seperti ini, memperlekeh, menghina mendiang dan keluarganya. 

"Ini antara sebab mengapa rakyat benci UMNO. Sikap bongkak dan enggan mohon maaf ini harus ditolak," tulisnya. 

Bagaimanapun, selepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak, akhirnya Razlan tampil memohon maaf di atas tweet kurang ajarnya itu.

Dalam tweet terbarunya, Razlan memohon maaf kepada keluarga mendiang dan telah memadamkan tweet sensitif itu. 

"Saya ucapkan takziah kepada Keluarga dan Bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang. Semoga tenang di sana," tulisnya pada jam 3.16 petang tadi. 


Malangnya, tindakan Razlan itu sudah terlambat dan tweet biadabnya itu telah merosakkan lagi imej UMNO yang sudah sedia ada rosak. 

No comments