'3 tahun tak boleh bercakap lagi? Anak saya 2 tahun dah petah bercakap' - Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain
Mendidik anak-anak adalah perkara yang bukan mudah. Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah. Anak-anak dilahirkan seperti kain putih yang sempurna tanpa sebarang kotoran dan ibu bapalah yang akan mencorak dan mewarnakan kain putih itu kelak.
Namun ada segelintir ibu bapa yang gemar membanding bezakan kebolehan anaknya dengan anak orang lain. Tidak kiralah perbandingan itu dibuat untuk tujuan yang baik atau sebaliknya, tetapi jika disalahtafsir, ia boleh membuatkan ibu bapa lain terasa hati.
Secara tidak langsung, perbuatan seperti itu akan memberi tekanan kepada pasangan lain yang gelisah melihat perkembangan anak mereka lambat berbanding anak rakan itu tadi. Sedangkan setiap perkembangan anak-anak adalah berbeza dan tidak perlu disamakan dengan anak orang lain.
Manfaatkan teguran dari Puan Tengku Noruakmal di bawah:
“Anak awak dah pandai duduk? Anak saya 6 bulan pandai dah duduk sendiri.”
“Anak awak hisap puting ke? Tak elok hisap puting nanti gigi tak cantik. Saya memang tak ajar anak saya hisap puting.”
“Tidur buai ke? Susah nak travel nanti. Tak payahlah ajar anak tidur buai. Anak-anak saya semua tidur bawah.”
"3 tahun tak boleh bercakap lagi ke? Anak saya 2 3 tahun dah petah bercakap.''
Kawan-kawan, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Sikap suka membandingkan anak-anak ini seperti telah menjadi satu trend pada hari ini. Jangan nak membawang tentang kelebihan anak sendiri dan kekurangan anak orang lain!
Dah tu pulak, cakap main lepas saja. Semua anak dia paling baik, paling bagus, paling matang. Tak semua orang seperti ini, sesetengah saja yang jenis suka sangat membandingkan anak dia dengan anak orang lain.
Saya juga ibu yang masih belajar cara mendidik anak. Sama-sama kita doakan anak-anak menjadi anak soleh solehah dan bijak pandai.
Sumber: Tengku Noruakmal
Post a Comment