'Masuk tv, menang undi terus jadi rujukan' - Fem


Untuk makluman, artikel di bawah adalah dari pandangan netizen. Pandangan ini tidak mewakili pendirian The Reporter. Harap maklum. 

Pada tahun 1948, Amerika Syarikat telah memulakan program realiti yang bertajuk Candid Camera. Setelah itu, pelbagai rancangan realiti telah diterbitkan oleh stesen televisyen di seluruh dunia.

Program televisyen realiti ditakrifkan sebagai sebuah dokumentasi yang tidak mengikut perancangan skrip atau suntingan babak seperti proses penerbitan drama atau filem. Program ini juga menggunakan khidmat penonton di rumah untuk mengundi peserta realiti pilihan mereka.

Pada mulanya rancangan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif, tetapi lama kelamaan masyarakat mula melihat program seperti ini sebagai platform individu mengejar publisiti. Walau apa jua tanggapan, program seperti ini telah membuat satu perubahan kepada dunia seni hiburan.

Program realiti televisyen kini bukan sahaja menumpukan kepada hiburan semata-mata, malahan program ini telah bercambah melalui sentuhan dakwah dan agama. Ada sesetengah penonton menyokong program realiti dakwah seperti ini kerana program sebegini dikatakan telah menarik minat ramai penonton untuk mendalami agama Islam. Tidak kurang juga ada yang mengatakan program ini membawa dimensi yang berbeza di dalam penyampaian dakwah.

Sebelum ini, Prof.Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah pernah menegur peserta program realiti dakwah melalui penulisannya di Sinar Harian. Beliau mengingatkan kepada peserta, asas program seperti ini adalah ilmu dan dakwah. Beliau juga mengatakan peserta, bukan sahaja perlu bersikap sebagai seorang pendakwah di pentas, malahan di luar juga mereka perlu menjadi sebegitu dan bukan jadikan pentas tersebut sebagai tempat lakonan semata-mata.

Seorang pengguna Twitter pula menganggap kewujudan Pencetus Ummah dan Dai’e ini sebagai satu penghinaan kepada institsui keilmuan agama Islam. Walaubagaimanapun, kenyataannya tersebut disangkal oleh beberapa netizen.

“Bagi saya, PU dan Dai’e ni merupakan penghinaan terbesar kepada institusi keilmuan agama islam.”

“Keluar maahad, masuk TV, menang sebab undi terus jadi sumber rujukan agama.”

“Bagi aku depa ni tak ada zuhud langsung. Lagi teruk bila masyarakat agungkan sampah macam mereka. Nampak sangat kita ni malas membaca sebab permaslahatan agama pun nak rujuk artis.”

“Lagi satu, untuk mereka panggil diri mereka ilmuwan adalah satu benda yang tak tahu malu.”

“Itulah, plus depa ni kuat sentap. Ternyata daie tv ni bukan orang yang nak hantar lawan atheist bincang pasal big bang theory.”

Namun, netizen tidak bersetuju dan membidas pandangannya itu yang dianggap cuba memburukkan dua program berkenaan.   

"Tapi pada saya, Pencetus Ummah dan Da'i ini adalah satu platform untuk melahirkan para ilmuan, kebolehan diketengahkan, sekaligus boleh dijadikan rujukan.   

"Diorang pun tahu had diorang. Tak adanya tengok golongan diorang menimbulkan kegusaran kepada umu," kata @Chaitaoqi. 


Sementara itu, PU Rahmat Ikhsan juga memberi respon terhadap isu yang dibangkitkan netizen berkenaan.   

"Terima kasih atas komentar, tetapi ada beberapa fakta kena betulkan. Pertama, markah untuk PU, 100 peratus daripada juri, tiada undian penonton. Untuk Da'i saya tidak tahu.   

"Kedua, lebih 3/5 PU ada Degree dan saya boleh sebut enam orang yang mempunyai PhD. Ketiga, kami tidak pernah jadi rujukan, kami juga merujuk ulama," jelasnya.



Sumber : Sinar Harian, FemMuzzamil

No comments