'Inilah masalah rakyat kita, malas nak baca' - Bedak talkum sebabkan kanser ovari? Doktor beri penjelasan bagaimana ia terjadi
Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan sehingga kini tiada sebarang kesan buruk dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membabitkan isu keselamatan penggunaan talkum dalam produk kosmetik.
Dr. Rusyainie melalui status di Facebook mengulas isu ini. Beliau berkata 22 wanita yang memenangi kes saman tersebut menggunakan bedak talkum ini di bahagian sulit mereka, sedangkan bedak talkum secara asasnya dipakai di bahagian tangan, kaki dan badan untuk menyerap minyak dan peluh sahaja.
BEDAK TALKUM SEBABKAN KANSER OVARI?
Inilah masalah rakyat kita. MALAS NAK BACA. Hanya ambil tajuk yang dia nampak saja dan terus buat andaian. Saya nak kena betulkan fakta.
Kesemua 22 wanita di Amerika Syarikat yang menang kes lawan dengan syarikat Johnson and Johnson ni, GUNA BEDAK TALKUM DI KEMALUAN. Mereka tabur atas seluar dalam, dekat celah paha, malah atas pad dan juga tampon semasa datang haid. Dan mereka guna berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun.
Kajian tentang kaitan kanser ovari dan bedak talkum ni ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Nak ulas memang panjang. Tapi secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum kat vagina terus jadi kanser ovari tu taklah tepat. Kalian boleh baca tentang kanser ovari di
Sejak tahun 1970-an, asbestos tidak lagi dibenarkan penggunaannya dalam bedak talkum. Johnson & Johnson pun dah keluarkan kenyataan yang mereka tak masukkan asbestos dalam bedak talkum. Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai regulasi yang ketat kalau bab kosmetik. Bedak talkum termasuk dalam kosmetik.
Saya dah banyak kali menulis pasal penggunaan produk pada faraj. Sampai berperang dengan netizen yang ada bebalitis. Mesej saya mudah, JANGAN LETAK ATAU GUNA SEBARANG PRODUK untuk bersihkan faraj. Cecair pencuci feminin yang dijual di farmasi pun tak payah. Semua tu akan bunuh bakteria yang hidup simbiosis yang Allah dah bagi kat kawasan vagina. Nanti yang baik tu mati, bakteria jahat datang. Usahlah kacau kejadian Tuhan.
MERUANG TU DAH TERBUKTI bawa lebih banyak kesan buruk pun. Tolong jangan terpedaya dengan dakyah songsang bani klimaks dan jamu yang tujuan hidup mereka hanya untuk hubungan kelamin. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214760760123228&id=1551720152
Faraj tak perlulah nak berbau macam letak minyak wangi. Pelik sungguhlah. Cuma basuh dengan air paip sudahlah. Kalau ada keputihan yang tak normal, terus jumpa doktor. Mungkin perlu dirawat.
Untuk kanak-kanak dan bayi yang pakai lampin tu, tak payah pakai bedak. Pakailah krim yang bersesuaian dan tukar lampin dengan kerap nak mengelakkan ruam dan rengsa.
Bukan Johnson & Johnson saja yang disaman oleh pesakit kanser ovari. Ada beberapa lagi syarikat lain tapi sebab Johnson and Johnson ni sangat terkenal di seluruh dunia, kes ni memang mendapat perhatian.
Apa yang akak nak pesan, bedak ni setakat pakai kat kulit macam tangan, kaki dan badan sudahlah. Gunanya nak serap peluh dan minyak, itu saja. Ada pesakit yang ada alahan pada bedak sebab habuknya, tak payahlah guna. Untuk pesakit ada ekzema, baik guna krim pelembab yang jenis hipoallergenik dan mesti dapatkan rawatan doktor.
Tak pernah pakai bedak talkum pun. Tak suka sebab nanti meja solek berhabuk.
Sumber : Rusyainie Ramli, BH Online
Post a Comment