(Video) 'Saya tak peduli kritikan orang' - Neelofa pilih kelab malam untuk lancar koleksi tudung dan sambut ulang tahun kelahirannya
Tengah malam tadi viral di media sosial beberapa video majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa oleh Neelofa di sebuah kelab malam. Majlis itu turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-29.
Bagaimanapun netizen mengecam pemilihan kelab malam yang menjadi pilihan artis berkeaan yang dianggap telah mencemarkan imej wanita berhijab. Lebih teruk lagi, ada beberapa pengunjung yang hadir ke majlis itu turut menari terkinja-kinja mengikut rentak lagu.
Bagi netizen, Neelofa seperti tidak memikirkan sensitivi agama dan juga statusnya sebagai Hajah.
Bagaimanapun, Neelofa tidak mempedulikan segala kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi kelab malam itu sebagai tempat pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya.
Baginya, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara. Yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
"Lokasi yang dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak mengambil peduli lagi kata-kata orang," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Meskipun dikecam teruk di media sosial, Neelofa tetap bersyukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.
Foto - Berita Harian |
Sementara itu reaksi netizen di media sosial rata-rata mengecam tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sebagai tempat untuk melancarkan koleksi tudung dan sambutan hari ulang tahu kelahiranya.
"Jual barang untuk tutup aurat itu sudah bagus, menggalakkan orang bertudung. Sambil berniaga dapat pahala. Tetapi enjoy melentik-lentik mengeletis begini dah jadi sia-sia. Untung dunia sajalah yang dapat. Akhirat tak ada untung, malah kena azab lagi adalah.
"Malas nak cakap lebih, kang kata ustaz nak ceramahlah, apalah. Sebab aku dah nampak kewajiban aku tegur. Kalau tak tegur, aku yang salah. Sedih dan malu pun ada. Islam tak salah, yang salahnya sebilangan otak konyol yang tak berlandas. Sedih." kata HOSD.
"Nak femeskan tudung dia, sanggup buat begini untuk kaya. Mana-mana orang perempuan yang pakai tudung itu tak perlulah beli tudung dia. Berlambak lagi tudung orang lain hat lawa-lawa." kata Leeyana Ramli.
"Neelofa semakin hari semakin down aku tengok. Dulu aku minat sikit kat dia. Tetapi makin lama, makin hilang respect kat dia. Tak nak cakap banyak, nanti banyak supporter Lofa datang. Doakan yang baik-baik saja untuk Lofa." kata Ajmal Hakim.
"Lokasi itu di mana? Dengar-dengar di Zouk. Lancar tudung di kelab malam? Ibarat kau makan dan mengaji dalam tandas. Aku nak tanya, ini nak jual tudung ke jual harga diri? Kalau begini gayanya jual tudung, respect lagi orang yang beli dan pakai tudung bawal RM10 di uptown." Muhamad Azizan.
Post a Comment