'Dia tunjuk video 18SX, saya menangis dan terus call ayah'
Berat dakwaan remaja perempuan ini, namun difahamkan penjawat awam berkenaan telah dikenakan tindakan buang kerja serta-merta sebaik bapa mangsa membuat aduan mengenai kejadian yang menimpa anaknya berusia 17 tahun itu.
Terdahulu, viral di media sosial seorang remaja yang menggunakan nama samaran Queen Nabila di Instagram atau nama sebenar Nur Nabila Mohamad Nasir mendedahkan dia telah menerima gangguan seksual dari seorang anggota JPJ ketika menjalani ujian memandu.
"Saya menghadiri JPJ test hari ini. Ketika saya sedang memandu, lelak itu ada bertanya saya mempunyai teman lelaki atau tidak. Saya terpaksa menipu dan berkata sudah ada teman lelaki.
"Kemudian dia meminta nombor telefon saya, tetapi saya enggan memberikan nombor telefon saya. Selepas itu, dia mencari video lucah melalui Google dan ditunjukkan kepada saya," tulisnya di Instastory miliknya baru-baru ini.
Nabila tidak menyangka, lelaki itu sanggup bertindak tidak senonoh seperti itu.
"Saya berusia 17 tahun dan tergamak dia melakukan perkara tidak senonoh seperti itu terhadap saya.
"Saya menangis dan sebaik saja tiba di sekolah memandu, saya terus menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada ayah saya.
"Sebaik saja ayah tiba, lelaki itu dibuang kerja serta merta.
"Kepada golongan perempuan di luar sana, tolong berhati-hati," tulisnya.
Sementara itu di Twitter, ada beberapa netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual.
"This happen to me, tapi cikgu lesen itu gatal dan dia sudah tua serta patut duduk di rumah buat ibadat. Ini duk mengajar orang, habis satu badan nak pegang. Saya ambil keputusan report pada orang ramai jangan ambil lesen dengan dia. Kalau you girl ambil lesen dengan cikgu perempuan. Just sharing, menyesal.
"Dia masih mengajar tetapi macam dah slow. orang ramai dah tahu perangai dia," - Atiqah.
"Rakan saya juga pernah mengalaminya. Dia menjalani Ujian Memandu di dalam akademi dan malangnya dia gagal. Kemudian anggota JPJ itu meminta nombor telefon dia dan jika dia setuju untuk berikan, dia akan luluskan rakan saya itu. Saya sangat terkejut dengan tindakan anggota JPJ terbabit," - Kaori Miyazono.
Walau bagaimanapun, netizen diingatkan agar jangan jadikan kejadian ini sebagai 'lampu hijau' untuk memberi komen-komen negatif terhadap kakitangan JPJ secara terbuka di media sosial. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Dalam masa yang sama, netizen juga memohon JPJ menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggotanya sekiranya terdapat aduan mengenai kejadian seumpama itu bagi menjaga nama dan imejnya dari terus dicemari dek anggota yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.
Post a Comment