'Itu bukan rambut pontianak, itu rambut isteri kita'


Masalah rambut gugur di kalangan wanita memang biasa berlaku. Tetapi menjadi bukan kebiasaan bagi lelaki, lebih-lebih lagi bila sudah mendirikan rumahtangga, pastinya tertanya-tanya kenapa banyak rambut gugur di merata-rata dalam rumah.

Rambut yang gugur itu milik orang rumah, jangan disangka rambut makhluk lain pula. Ada banyak sebab mengapa rambut isteri banyak gugur dan sebagai suami, usahlah mengeluh sebaliknya membantu mengatasi masalah isteri. Semoga bermanfaat!

KALAU kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai. Jangan salah faham, itu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai. Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?

1. TEKANAN

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

2. HORMON YANG TIDAK STABIL

Ini tugas kita kena bantu dengan mencari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

3. PENGAMBILAN UBAT-UBAT YANG TERTENTU

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.

4. KEKURANGAN NUTRISI AKIBAT DARIPADA DIET YANG TIDAK BETUL

Kadang-kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang-kadang pula, isteri kita makan tak kena diet. Makan itu makan ini, jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

5. PRODUK RAMBUT

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja. Kita nak semuanya baik kan? InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.

Mereka mahkluk paling penat! Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

Apa-apa pun jika terjumpa maka kutip dan buanglah atau tanam dengan cara yang baik kerana ianya tetap aurat pada isteri.

Menurut mazhab Hanafi dan Syafi’ie; haram ia dilihat dan disentuh sama seperti ketika ia masih berada di badannya. Walaupun ia telah terpisah dari badan, kedudukannya sebagai aurat tetap kekal. Oleh itu, haram melihat dan menyentuhnya. Wajiblah ia ditutup supaya tidak dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

PERINGATAN!! Rambut juga boleh digunakan perantara SIHIR.

No comments