Tragedi Nur Afini. Ini Luahan Rabuan Pit, Lagenda Pelari Pecut Asia Buat Ramai SAYU
Tragedi Nur Afini. Ini Luahan Rabuan Pit, Lagenda Pelari Pecut Asia Buat Ramai SAYU | Saya Luv Islam – Kejadian pelajar maut terkena bilah mesin potong rumput gemparkan negara. Terkini, Dato Rabuan Pit, lagenda pelari pecut Asia yang merupakan juga datuk saudara mangsa membuat luahan yang buat ramai sayu. Allahu. Al Fatihah.
MANGSA JADIKAN DATUK SAUDARA SEBAGAI INSPIRASI
“Nak lari macam Pak Wan… nak jadi polis macam Pak Wan,” kongsi datuk saudara mangsa yang merupakan raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya.
Menurut Rabuan, dia berasa sedih serta terkejut sebaik menerima berita berkenaan kira-kira jam 1.20 petang dan bergegas mengambil isteri serta anak-anak di Kuala Lumpur.
MANGSA SEORANG AKTIF SUKAN
“Arwah seorang atlet yang aktif dalam sukan dan setiap kali berjumpa semasa hari raya itulah harapan yang dikongsikannya pada saya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.
Rabuan berkata, biarlah keluarga arwah yang menentukan dan tidak timbul isu untuk menyalahkan mana-mana pihak.
“… tapi kita nak perbetulkan kecuaian,” katanya.
Sumber: Saya Luv Islam via Sinar Harian
LUAHAN AYAH MANGSA
“Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya,” luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut Roslan, dia sekeluarga reda dengan tragedi berkenaan walaupun dia berasa berat hati dan sayangkan anaknya.
“Saya redha… saya nak meraung pun perkara dah berlaku… saya serahkan semuanya pada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Roslan berkata, selepas bersara dia terlebih dahulu berpindah ke Felda Sungai Kelamah bersama dua anaknya termasuk arwah.
Ibu mangsa, Zalina Md Yusof, 48, menyirami pusara arwah anaknya.
ARWAH ATLET MEMANAH NEGERI
Menurutnya, arwah anaknya merupakan atlet memanah negeri Pahang sejak dari darjah empat hingga ke tingkatan satu.
“Baru minggu lepas saya minta anak saya daftarkan diri sebagai atlet memanah Negeri Sembilan tapi sekarang ni dia sedang aktif menjalani latihan sukan sekolah.
Jenazah selamat tiba di Felda Sungai Kelamah kira-kira jam 8.35 malam dan disembahyangkan di rumah keluarga.
Majlis pengebumian arwah selesai kira-kira jam 10.15 malam.
Turut hadir di majlis pengebumian Adun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said dan datuk saudara mangsa raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.
Sumber: Sinar Harian
The post Tragedi Nur Afini. Ini Luahan Rabuan Pit, Lagenda Pelari Pecut Asia Buat Ramai SAYU appeared first on SAYALUVISLAM.
Post a Comment