(Video) Rektum terkeluar dari dubur selepas duduk di tandas membuang sambil bermain game selama 30 minit


Seorang lelaki di selatan China terpaksa dikejarkan ke hospital pada tengah malam selepas menyedari terdapat 'bebola' misteri terkeluar dari duburnya, lapor Daily Mail

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Februari di Zhongsan, wilayah Guangdong, pesakit yang tidak didedahkan identiti itu terkejut apabila 'bebola' misteri itu terkeluar dari duburnya ketika sedang berada di dalam tandas untuk membuang air besar. 

Pegawai perubatan dari Jabatan Pembedahan Gastrointestinal di Hopsital Universiti Su Yat-sen, Doktor (Dr.) Su Dan berkata, sebelum kejadian itu berlaku, lelaki terbabit berada di dalam tandas selama 30 minit untuk membuang air besar sambil bermain permainan telefon bimbit. 


Menurut Dr Su, benjolan ang masih melekat di pinggul lelaki itu adalah rektum (bahagian hujung usus0 yang telah terjatuh dan terkeluar dari duburnya yang juga dikenali sebagai prolaps rekum di mana hujung usus tersebut hilang keupayaan bergantung dan terkeluar dari dubur pesakit. 

Difahamkan, lelaki berkenaan juga pernah mengalami masalah yang sama ketika berusia empat tahun, namun pulih apabila rektumnya secara semulajadi masuk ke dalam semula. Bagaimanapun, tindakannya mengabaikan rawatan susulan menjadi punca masalah itu berulang. 


CT Scan juga menunjukkan terdapat bonjolan berbentuk bola berdiameter 16 sentimeter (6.3 inci) di luar dubur pesakit. Juga terdapat lebam dan bintik-bintik merah di sepanjang dinding usus pesakit berkenaan. 


Dr Su berkata, perkara itu kebiasaannya berlaku pada golongan kanak-kanak dan orang tua sahaja. Sesetengah kanak-akanak, keadaan itu boleh dikaitkan dengan kegagalan fungsi semula jadi. 

Walau bagaimanapun, pesakit yang pernah mengalami masalah berkenaan sejak dari awal usia bukanlah punca masalah itu berlaku. Tetapi ia berlaku kerana pesakit duduk dan menghabiskan masa terlalu lama di tandas sambil bermain permainan telefon bimbit.

Apabila pesakit cuba membuang air besar, aktivitinya itu boleh melemahkan otot-otot di pinggul dan dipercayai itulah punca kejadian tersebut.
Doktor pakar berjaya mengeluarkan benjolan tersebut dari pesakit pada hari yang sama dan dia kini sudah semakin beransur pulih. 



Sementara itu rakan seketar Dr. Su, iaitu Dr. IV menjelaskan bahawa sama ada seseorang itu duduk atau mencangkuk di tandas, tekanan abdomen akan memaksa rektum keluar kerana otot pelvis tidak cukup kuat untuk menahannya. 

Justeru beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah seperti itu segera mendapatkan rawatan secepat mungkin.

No comments