Inilah Kisah Arwah Azmil Mengesot Ke Surau WAJIB Dicontohi Umat Islam. Al Fatihah.
Inilah Kisah Arwah Azmil Mengesot Ke Surau WAJIB Dicontohi Umat Islam. Al Fatihah. | Saya Luv Islam – Ramai yang masih tak pernah baca kisah ni. Semoga jadi motivasi kepada kita semua. Semoga Allah masukkan arwah ke syurga. Aaamin.
PELAKON LAGENDA 80AN
PELAKON terkenal Azmil Mustapha yang meninggal tengah hari tadi dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bermula dengan filem yang mencecah kutipan ‘ box office’ iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari, Azmil terus mencipta nama dengan filem Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986).
Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud.
IJAZAH DARI AMERIKA
Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Setelah lima tahun di sana, Azmil membawa pulang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1979.
Sekembalinya dari AS, nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.
Azmil kemudiannya menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar.
Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa.
BERSARA DARI DUNIA LAKONAN
Selepas bersara dari dunia lakonan, Azmil mula mendalami pengajian agama.
Beliau hanya kembali ke tanah air beberapa tahun lalu setelah lebih 10 tahun berada di luar negara bagi tujuan tersebut.
VIRAL KISAH MENGESOT KE SURAU
Dua tahun lalu, kisahnya mengesot untuk menunaikan solat Subuh di sebuah surau pernah heboh diperkatakan.
Menurut cerita adiknya, Aziph, walaupun agak bimbang dengan keadaan Azmil, namun beliau akur dengan permintaan itu, apatah lagi selepas abangnya itu memaklumkan dia sihat.
Surau yang dimaksudkan itu terletak 500 meter dari kediaman mereka, dan baru dua hari dibuka.
Namun selesai solat, Azmil mula mengalami sedikit kesukaran bernafas dan nampak seperti dalam kesakitan, lantas turun dari kerusi rodanya dan duduk bersandar di atas lantai.
Hampir setengah jam, barulah Azmil tampak kembali tenang dan duduk semula di kerudi roda.
Al-Fatihah buat insan seni ini, Allahyarham Azmil Mustapha.
Sumber: Saya Luv Islam via The Rakyat
The post Inilah Kisah Arwah Azmil Mengesot Ke Surau WAJIB Dicontohi Umat Islam. Al Fatihah. appeared first on SAYALUVISLAM.
Post a Comment