Lambat Datang Ke Hospital. Bila Sampai Je Terkejut Bila Ayah Bagitau “SESUATU”

Lambat Datang Ke Hospital. Bila Sampai Je Terkejut Bila Ayah Bagitau “SESUATU” | Saya Luv Islam – Mak sakit duduk di wad hospital. Aku jaga mak waktu malam, ayah akan jaga mak mula pagi sebab aku kena pergi kerja. Pagi tu, ayah lambat sampai. Baru nak call ayah muncul dan kami terkejut bila ayah bagitau “sesuatu”. Seram la pulak. Jom baca dan kongsikan. Semoga jadi iktibar.

AYAH SAMPAI LAMBAT

EMPAT tahun lalu, sepanjang aku menjaga arwah mak aku di sebuah hospital pakar, Alhamdulillah tiada apa-apa gangguan. Cuma pada waktu itu arwah ayah aku saja yang kena kacau. Kisahnya begini.

Aku menjaga arwah mak aku di sebelah malam. Kemudian bila pagi, arwah ayah aku pula yang menjaganya. Jadi, satu pagi ini bila aku dah bersiap-siap nak pergi kerja dan waktu sudah menunjukkan jam 8 pagi. Aku tunggu manalah ayah aku ini tak sampai-sampai lagi. Kebiasaannya jam 7 pagi lebih ayah dah sampai.

10 minit kemudian, barulah ayah sampai dengan muka yang agak cemas. Ayah ceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya yang menyebabkan dia ‘lewat’.

AYAH “SESAT” DALAM HOSPITAL?

Kata ayah, dia sebenarnya sudah sampai. Sewaktu dia keluar dari lif, dia berjalan menuju ke wad mak. Bila dia jengah ke wad, dia terkejut sebab dia nampak suasana office dan jururawat-jururawat sedang buat kerja. Ayah tak puas hati, dia pusing lagi pergi ke wad lain pun sama juga.

Setelah puas berjalan dan berfikir, akhirnya ayah pergi semula ke lif. Agak lama juga dia berdiri di lif dan pastikan betul-betul yang dia tidak tersilap tingkat. Bila tengok nombor tingkat di lif itu, memang betul. Jadi dia pun perlahan-lahan berjalan semula ke arah wad di mana mak aku ditempatkan.

Alhamdulillah, suasana ‘office’ tadi sudah lenyap dan barulah dia nampak kitorang semua dan pesakit lain yang berada dalam wad itu.

JURURAWAT PUN BANYAK YANG DAH TERKENA

Kisah itu kemudian dipanjangkan sehingga sampai ke pengetahuan jururawat di situ. Salah seorang jururawat yang rapat dengan mak aku cerita yang diorang juga selalu kena kacau.

Sudahlah pergi tempat punch card berdepan dengan bilik mayat. Bila nak punch card, kena pergi berdua. Seorang tukang punch, seornag lagi tukang perhati bilik mayat.

JURURAWAT KENA “TEPUK”

Bila bertugas syif malam, semasa duduk di kaunter biasanya dua orang juga yang menjaga kaunter di luar wad. Salah seorang jururawat ini akan tidur sekejap, manakala yang seorang lagi berjaga di kaunter.

Semasa sedang berjaga di kaunter, tiba-tiba belakang badan jururawat ini kena tepuk. Bila ditoleh ke belakang, dia nampak member dia sedang lena tidur.

Menurut jururawat berkenaan, pernah berlaku ada ‘makhluk’ mengamuk di bilik mayat. Tak tahulah, mungkin mayat-mayat itu agaknya. Disebabkan takut kes-kes mengamuk itu, maka pihak hospital akan buat bacaan yassin di bilik mayat itu sebulan sekali.

DIKACAU DI TOILET

Aku sendiri pun sekarang ni buat check up di hospital itu. Pernah sekali bila aku masuk toilet, aku dengar dalam toilet sebelah dan di kawasan sinki berbunyi-bunyi seperti ada orang. Sedangkan pada waktu itu hanya aku seorang sahaja.

Aku sangat pasti sebab semasa masuk ke toilet itu, bila nak tolak pintu, engsel pintu itu akan berbunyi. Tetapi semasa aku berada di dalam toilet, aku tidak dengar sebarang bunyi pintu ditolak. Tahu-tahu saja ada suara budak-budak dan bunyi seperti ada orang yang menggunakan toilet tersebut.

HOSPITAL SERAM DI JOHOR BAHRU PULA…

Kisah kedua ini berlaku pada kawan aku semasa belajar di UiTM dulu. Dia kena buat praktikal di hospital swasta di Johor Bahru.

Suatu hari dia pergi ke toilet nak memerut. Pintu toilet itu pula jenis yang tak panjang. Kalau lalu tepi, boleh nampak kaki. Orang dari luar pun boleh jengah siapa di dalam jika berbaring di lantai itu. Siapa yang sanggup nak menjengah tu??

Berbalik kepada cerita kawan aku itu, semasa dia sedang memerut, tiba-tiba pintu toilet yang dia masuk itu diketuk bertalu-talu. Dia pun apa lagi, memang anginlah. Yelah, tengah memerut tiba-tiba ada gangguan memang potong stim. Dia pun menjerit dan marah orang yang mengetuk pintu tad dan dia ada mention nama geng dia yang sama-sama praktikal di hospital itu supaya jangan ganggu dia.

Tetapi ketukan itu tidak berhenti. Kemudian kawan saya ternampak di bawah pintu itu ada lembaga yang memakai kain berbunga-bunga labuh menyapu lantai. Selepas itu barulah senyap.

Bila dah selesai melepaskan hajat, dia pergi cari member dia kononnya nak marah .Tetapi bila dia tengok baju yang member dia pakai, terus tak jadi nak marah sebab corak dan warna memang berbeza dengan apa yang dia nampak dalam toilet itu.

Nak kata orang lain tak logik sebab tak ada orang nak buat kerja gila pergi mengacau orang tengah membuang dalam toilet. Malah pada ketika itu, ada dua atau tiga lagi bilik toilet yang kosong.

Sumber: Saya Luv Islam via Isteri Ayil via The Reporter

The post Lambat Datang Ke Hospital. Bila Sampai Je Terkejut Bila Ayah Bagitau “SESUATU” appeared first on SAYALUVISLAM.

No comments