'Isteri tak pandai berhias, bau bawang, nak peluk pun rasa geli' - Netizen kecam lelaki tak guna ini
Sayang pada isteri, namun sanggup tak bersama isteri sampai sebulan dengan alasan isterinya bau bawang. Keadaan itu membuatkan si suami mendekati perempuan lain dan kini dalam fasa mahu berkahwin kali kedua tanpa pengetahuan isterinya.
Namun, tindakannya meminta pandangan orang ramai di laman Kisah Rumah Tangga (KRT), dikecam netizen yang menganggap lelaki itu tidak bersyukur dan menghargai isterinya. Tidak kurang juga netizen menganggap lelaki itu hanya sekadar mencari alasan agar dapat berkahwin dua.
SAYA bekerja, isteri pula tidak bekerja. Sudah enam tahun berkahwin dan sekarang dah ada anak tiga orang. Saya kerja biasa-biasa sahaja, gaji takat RM3,000 tetapi saya bersyukur. Saya boleh beri isteri dan anak makan. Bagi tempat tinggal untuk anak isteri saya.
Yang menjadi masalahnya ialah, isteri saya tak pandai berhias. Kadang-kadang bila saya pulang ke rumah, rumah berada dalam keadaan kemas, anak-anak pun bersih. Tetapi isteri saya masih bau bawang. Nak peluk pun kadang-kadang rasa geli.
Pernah sebulan saya tak sentuh, tetapi dia okay saja. Tetapi lelaki mana yang tahan kan?
Dan disebabkan masalah itu, akhirnya saya pasang skandal di tempat kerja. Kekasih saya ini wangi dan bersih. Dia siap ajak saya berkahwin dan katanya dia sanggup bermadu. Tetapi dalam masa yang sama, saya sayangkan isteri saya.
Macam mana saya nak berterus terang dengan isteri saya kalau saya nak berpoligami, daripada berzina buat dosa saja, kan? Ke saya kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri?
Kalau kantoi, pasti dia akan memaafkan saya sebab saya tahu dia sayang sangat pada saya. Apa pendapat kau orang?
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Sementara itu, netizen:
Hargailah isteri. Tanpa isteri, takkan tersedia kemas rapi dan siapnya makan minum si suami setiap hari. Jangan jadi seperti lelaki ini yang hanya menganggap isterinya sebagai orang gaji. Hanya 'pakai' bila perlu. Bila sudah puas, mula mencari perempuan lain.
Post a Comment