'TV9, kembalikan zaman kanak-kanak kami!' - Netizen


Warga Twitterjaya baru-baru ini menyuarakan pandangan masing-masing mengenai saluran televisyen swasta iaitu, TV9, yang dikatakan semakin 'galak' menyiarkan iklan-iklan dari Wow Shop sehingga menimbulkan rasa kurang senang penontonnya. 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik meme_boruto, TV9 menjadi pilihan mereka kerana menyiarkan kartun-kartun kegemaran, berbanding sekarang yang lebih kerap menyiarkan iklan. Keadaan itu menyebabkan mereka kemurungan seketika. 

"Menyampah aku dengan TV9 sekarang. Dulu is better." - Pinocchioo

"Kartun lagi best daripada cjwowshop." - Afiq Huzairi

"Padahal dah ada channel iklan wowshop itu sendiri doo, nak jugak menyemak kacau time petang. Hmmm.." - Dollars



Menurut Dania, TV9 dahulu menyiarkan rancangan kartun bermula dari jam 2.30 petang Wonderpet, Dora The Explorer, Chalkzone, Catdog, Spongebob, Upin Ipin dan lain-lain. 

Ketiadaan kartun-kartun itu ditayangkan menyebabkan mereka tidak berpuas hati. 

"Jibake, habis banyak slot dia ambik. Spongebob jam lima petang pun dah takde. Alahai," - Zlatan Izrulmovic

"Bukan TV9 je, NTV7, TV8 pun sama. Pagi-pagi buta dah wow shop. Eh hello, we need cartoon okey." - Cik Intan Wani




Justeru, warga Twitterjaya mendesak pihak TV9 kembali menyiarkan kartun-kartun kegemaran mereka atau berdepan dengan kemerosotan kadar penonton yang tinggi. 

No comments