'Aku bagi kata dua, kerja atau tinggalkan kami dan dia pilih tinggalkan kami' - Pengalaman lalu buat wanita ini tidak tak setuju dengan pendapat isteri kena susah senang bersama suami


Tabahnya seorang isteri dan juga ibu, sanggup berkorban untuk suami biarpun terpaksa mengeluarkan semua simpanan dan menjual semua barang kemasnya. Awal perkahwinan mereka, sangat bahagia. Namun selepas suaminya terpengaruh dengan dakyah perniagaan atas angin, kehidupan mereka mula berubah. Sehinggalah satu tahap si suami tergamak meninggalkan anak dan isteri. 

Pengalaman yang lalu membuatkan wanita ini tidak lagi percaya dengan pendapat bahawa susah senang dalam rumah tangga, isteri perlu setia bersama suami. Sebaliknya isteri perlu menilai, berbaloikah pengorbanan yang dilakukan jika si suami masih leka dan lalai dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai suami atau bapa. Semoga bermanfaat.

INI kisah kenapa aku tak setuju dengan pendapat 'isteri kena susah senang bersama suami'. 

Pendapat aku, susah senang bersama suami kena tengok juga suami kau ada effort tak untuk kau dan keluarga? Kalau tak ada, jangan jadi bodoh. 

Aku berkahwin pada usia muda, 22 tahun. Masa itu aku rasa aku dah cukup matang dah untuk berkahwin. Padahal masa itu aku masih belajar di universiti tahun tiga. 

Masa aku dengan confident beritahu my mom yang aku nak berkahwin time belajar and future husband aku pun masih belajar. Tak tahulah apa yang buat mak aku setuju. Mungkin disebabkan kesungguhan aku agaknya. Cuma satu ayat my mom cakap, "Boleh kahwin tetapi dah tak boleh minta duit dari parent. Kena tanggung sendiri.".

Kitorang masa zaman belajar itu dengan duit MLM itulah kitorang berkahwin. My ex husband siap boleh bagi hantaran RM6,000 dan masih boleh buat majlis di kedua-dua belah pihak. Paling grand majlis sebelah lelaki yang dibuat di Dewan Sri Melati, Putrajaya. Tetapi aku rasa ayah dia sponsor sebab ayah dia Ketua Pengarah. 

Setahun aku berkahwin, memang best. Setahun memang rasa macam honeymoon sebab masa itu duit MLM kitorang masih ada. Sempatlah pergi honeymoon di Pulau Redang. 

Sampailah MLM itu jatuh dan duit kitorang dah semakin susut. My ex husband pula, sebab dah terpengaruh dengan dakyah MLM, dia berhenti belajar dan tak tamatkan Diploma Engineering. Paling teruk, dia masih percaya dengan MLM dan jadi gila dengan MLM

Aku yang pada masa itu masih belajar, struggle yang amat untuk belajar tanpa ada duit. Akhirnya aku pilih untuk jual ice blended di pasar malam. Enam hari seminggu. Pasar malam ini petang, jadi aku boleh jual tanpa ganggu kelas. Tak banyak dapat, sebulan dapat RM1,000 sahaja. 

Tak cukuplah untuk aku makan. Kitorang pun dah pindah dari rumah apartment ke rumah ala-ala setinggan sebab duit dah tak ada. Kerja pasar malam itu, my ex husband itu pun ikut sekali. Kiranya kitorang buat bersama-sama. 

Sampailah aku pregnant. Aku start muntah-muntah waktu petang. Selalu orang kena morning sickness. Aku jenis petang baru mabuk-mabuk. Jadi, aku tak mampu nak pergi pasar malam. 

Aku expect ex husband akan teruskan kerja di pasar malam. Tapi dia kata dia malu kerja seorang diri. Dia nak aku ada juga, padahal dia tahu aku tak mampu. End up, perniagaan di pasar malam itu tamat macam itu saja. Duit? 

Duit masa inilah sangat crucial. Aku tak dapat PTPTN, biasiswa pun tak ada. Duit MLM kitorang pun dah tak ada. Nak kerja? Aku belajar lagi. Pasar malam? Ex husband aku tak nak kerja dah. Parent? Aku teringat ayat mak, "Dah tak boleh minta duit parent". And aku nak tutup aib suami, jadi aku tak beritahu sesiapa. 

Jadi, macam mana aku nak survive? Semua simpanan aku sejak dari kecil, segala duit Bank Islam dan Tabung Haji aku keluarkan. Tabung Haji itulah yang paling sedih sebab nama aku 'Q' untuk pergi haji. Tetapi ex husband convince aku yang dia akan bawa aku pergi haji dengan pakej yang paling mahal. 

Bila habis semua duit Tabung Haji aku, kitorang survive guna barang kemas aku. Lepas satu persatu aku gadaikan. Gelang dan cincin aku, total ada dalam RM12,000. Kenapa aku gadaikan? Sebab laki aku kata dia akan ganti. Akan ganti okey. Hahaha! Gelakkan diri sendiri. 

Aku langsung tak sedar yang aku saja berkorban pada masa itu. Duit simpanan aku, barang kemas aku. Bila semua itu dah habis, aku mula meminjam dengan best friends dan aku memang bertuahlah sebab ramai best friend yang tak akan tanya kenapa kau nak pinjam. Diorang akan bagi saja dan aku mula pinjam duit kawan. 

Aku ada pesan pada ex husband, yang aku dah nak bersalin. Dia kena cari juga duit untuk bayar bil hospital. Aku dahlah bersalin di Putrajaya saja pun, bukannya hospital swasta. Aku ingat lagi, masa lepas aku bersalin, masa di wad aku tanya dia duit dah ada ke belum. Dia kata tak ada

Dan aku dengan prinsip isteri kena susah sama suami inilah, aku bagi dia gelang terakhir yang aku simpan untuk dia gadaikan bayar bil hospital. 

Bila anak aku lahir, aku fully breastfeed. So jimat tak payah beli susu. Aku beli breastpump pun guna duit orang datang melawat baby dan hulur duit. 

Selepas baby lahir dalam sebulan selepas itu, aku dapat tawaran DPLI, diploma untuk jadi guru dan dapat elaun RM1,100. Elaun inilah yang aku gunakan untuk bayar sewa rumah, bayar nursery anak, bayar minyak kereta dia dan makan. Menu makan kitorang selalunya memang nasi putih dengan telur goreng. Kalau dah tak lalu sangat, aku tukar sardin. Masa itu sardin murah, sekarang je sardin mahal. 

Baju ke, tudung ke, aku tak pernah beli. Skincare, lipstick ke apa pun aku tak beli. Muka aku memang dah tak serupa orang berumur 25 tahun pada masa itu. 

Bila mak aku perasan yang aku dah tak pakai gelang dan cincin, padahal aku memang selalu pakai dari masa selepas SPM tak pernah tanggalkan, aku jawab aku simpan gelang itu semua. Tipu, ye aku tipu sebab aku fikir aku boleh selamatkan rumah tangga aku dan aku tak nak aibkan laki aku. 

Bila bulan puasa, kitorang setiap hari berbuka di masjid sebab free. Selepas itu akan ada orang bagi bubur lambut free. Itu aku simpan dan panaskan untuk makan sahur. Sebab apa, sebab aku nak beli baju Melayu anak aku walaupun harganya cuma RM20 beli di Jalan TAR. 

Sampai akhirnya aku dapat kerja sebagai guru. Bila aku dapat kerja jadi guru, masa ini dah lima tahun perkahwinan. Dekat empat tahun kitorang hidup susah gile. Tetapi aku yang hilang semua duit simpanan, barang kemas dan tanggung hutang

Bila aku start kerja jadi guru, ex aku tak pernah tanya pun berapa banyak gaji aku, berapa banyakj aku bayar nursery, beli pampers anak, bayar bil rumah bagai. Tak pernah langsung dia bertanya melainkan dia hanya tahu minta duit. 

Dia asyik minta duit dari aku RM500 sebulan dan dia yakinkan aku yang dia akan ganti balik. Dia tak pernah tanya yang gaji aku cuma RM1,900 sebulan. Boleh lagi dia minta RM500 dari aku setiap bulan. 

Dia kata kalau tak bagi, macam mana dia nak cari kerja. Dan dia masih taksub dengan MLM. AKu tahu dia guna duit itu untuk melabur dalam MLM yang memang penipu. Tetapi dia tak pernah sedar. 

Bila sampai satu tahap di mana kesabaran aku masih menipis, aku bagi dia kata dua sama ada kerja atau tinggalkan ktiorang. Dia pilih untuk tinggalkan aku dan anak aku. Eh? Macam itu saja? 

Paling aku benci, kawan-kawan dia siap beri nasihat paling bangang untuk tutup saja buku lama dan buka buku baru. What? Aku berkorban bagai nak mati dan habis segala-galanya ini langsung tak bernilai weh! Aku buku lama saja, pergi je cari lain buka buku baru. 

Setahun selepas itu, ex husband berkahwin dengan seorang janda anak satu yang kerja as lecturer. Ya, dia ada rupa, bolehlah jual rupa dia dan carilah orang lain. 

Jadi pengajarannya, isteri kena susah senang bersama suami itu kau kena tengok dulu. Suami kau itu ada usaha tak nak mengubah keadaan ini sekarang atau kau sahaja yang berkorban. Kalau kau seorang saja yang berkorban, tak payahlah gadaikan segala-galanya. At least kalau kau ditinggalkan, kau tak rasa ralat. 

Tamatlah kisah yang berlaku pada tujuh tahun yang lalu. Ex husband yang dah berkahwin kali kedua itu pun akhirnya bercerai juga dengan isteri baru dia itu. Aku? Aku tak percaya lelaki sampai ke hari ini, end up single. Single is simple, yang penting aku bahagia. The end. 

Sumber: Ismi Sazwani

No comments