Nafsu pelik, suami paksa dan perhati isteri lakukan hubungan seks dengan rakan-rakannya
Seorang suami tergamak menjaja maruah isterinya kepada ramai lelaki demi mendapatkan kepuasan seksual pelik, lapor Harian Metro.
Lelaki berusia 40-an itu mempunyai nafsu yang aneh dan ghairah apabila melihat isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Malah dia sanggup membawa rakan ke rumah mereka di Taman Sri Putra untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Perbuatan suspek semakin menjadi-jadi apabila suspek memperdayakan isteri dengan membawa mangsa ke pusat urut di bandar Rawang sebelum memaksanya melakukan hubungan seks dengan tukang urut lelaki.
Sumber polis berkata, suspek mempunyai keinginan nafsu pelik apabila lebih berminat melihat isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
"Suspek yang bekerja sendiri pernah membawa rakannya menumpang tidur di kediaman mereka sebelum memaksa isteri mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu. Mangsa yang juga suri rumah dipukul sekiranya menolak kemahuan suaminya itu," katanya.
Rakan suspek itu yang menetap di rumah pasangan itu sejak dua tahun lalu, turut melakukan perbuatan keji itu dengan mangsa.
"Lebih menyedihkan apabila suaminya turut membawa lelaki warga asing dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia untuk melakukan perbuatan itu dengan isterinya," katanya.
Tidak tahan dengan nafsu pelik lelaki itu, mangsa melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kuang, kelmarin untuk tindakan lanjut.
Bertindak di atas laporan itu, polis berjaya menahan suspek dan rakannya untuk siasatan lanjut.
Post a Comment