Masih Ingat Kudeta Turki 2016 ? Ini Tindakan TEGAS Erdogan Yang Terkini
Masih Ingat Kudeta Turki 2016 ? Ini Tindakan TEGAS Erdogan Yang Terkini | Saya Luv Islam – Kudeta atau rampasan kuasa yang cuba untuk singkirkan Erdogan pada tahun 2016 telah gagal. Selepas setahun ini tindakan tegas susulan yang dibuat oleh Erdogan. Pergh..
2700+ KAKITANGAN AWAM DIPECAT
Turki, hari ini memecat lebih 2,700 pekerja pelbagai institusi awam berhubung dakwaan kaitan dengan ‘keganasan’ dalam pusingan terbaru penyingkiran sejak kegagalan rampasan kuasa tahun lalu.
Sejumlah 2,756 pekerja dipecat daripada pelbagai badan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, menurut perintah rasmi.
Selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016, kerajaan melaksanakan perintah darurat, yang diperbaharui lima kali sejak itu, dengan terbaru pada Oktober lalu.
SEKTOR PERTAHANAN DAN PENDIDIKAN PALING RAMAI
Antara yang dipecat adalah 637 anggota tentera dan 105 pakar akademik.
Perintah itu menyatakan, mereka yang dipecat itu sama ada anggota atau ada kaitan dengan pertubuhan dan struktur pengganas yang mengancam keselamatan negara.
Perintah yang dikeluarkan juga mengarahkan 17 institusi ditutup di seluruh Turki termasuk dua akhbar dan tujuh persatuan.
Turki mendakwa pendakwah yang kini berada di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan pergerakan Hizmet pimpinannya mengarahkan dan melaksanakan cubaan menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Gulen menafikan sebarang kaitan dengan keganasan dan kegagalan rampasan kuasa itu.
TERDAHULU BULAN APRIL 2017
Turki memecat lebih 3,900 penjawat awam, tentera dan polis tentera susulan rampasan kuasa yang gagal, hujung tahun lalu.
Antara yang dipecat adalah 1,127 kakitangan Kementerian Kehakiman, termasuk pengawal penjara dan kerani, 484 ahli akademik dan 201 kakitangan Kementerian Hal Ehwal Agama.
Akhbar rasmi Official Gazette melaporkan, langkah itu disifatkan sebagai pembersihan berskala besar.
Sehingga kini, kira-kira 120,000 kakitangan awam dan swasta digantung kerja, manakala lebih 40,000 ditahan susulan rampasan kuasa yang gagal itu.
KUDETA TURKI 2016
Menteri Kehakiman Turki, Bekir Bozdagğ berkata 16,000 orang ditahan dan direman secara rasmi berikutan kegagalan cubaan rampasan kuasa bulan lalu, manakala 6,000 tahanan lain dalam proses semakan.
Seramai 7,668 lagi sedang disiasat tetapi tidak ditahan, katanya dalam satu temu bual dengan agensi berita negeri Anadolu, yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen Turki.
Turki sudah menangkap, menyingkirkan atau menggantung tugas puluhan ribu orang dalam badan kehakiman, tentera, polis, perkhidmatan awam dan agensi lain selepas disyaki terbabit dengan kegagalan pemberontakan 15 Julai lalu, apabila puak tentera cuba menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan kerajaan.
Lebih daripada 240 orang terbunuh dan hampir 2,200 orang cedera apabila puak tentera yang merampas jet pejuang, helikopter tentera dan kereta kebal, melepaskan tembakan ke arah orang awam ketika cuba menggulingkan kerajaan.
Sejak usaha rampasan kuasa, tentera, polis, hakim, wartawan, pegawai perubatan dan kakitangan awam adalah antara mereka yang disingkirkan atau ditangkap, sekali gus mencetus kebimbangan di kalangan sekutu Barat bahawa Erdogan menggunakan peristiwa itu untuk mengukuhkan kuasanya.
Turki menyalahkan pengikut Ulama yang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen ke atas cubaan rampasan kuasa itu.
Sebaliknya Gulen menafikan sebarang kaitan dengan plot berkenaan.
Sumber : Berita Harian
The post Masih Ingat Kudeta Turki 2016 ? Ini Tindakan TEGAS Erdogan Yang Terkini appeared first on SAYALUVISLAM.
Post a Comment