Ini Permohonan BERANI Palestin Terhadap China Dan Rusia Buat Amerika RESAH
Ini Permohonan BERANI Palestin Terhadap China Dan Rusia Buat Amerika RESAH | Saya Luv Islam – Presiden Palestin dalam ucapan terkini beliau menyatakan hasrat besar terhadap China dan Rusia. Tindakan ini membuatkan Amerika resah. Jom baca dan kongsikan.
GESAAN TERHADAP CHINA DAN RUSIA
Russia dan China diminta memainkan peranan lebih besar dalam rundingan damai dengan Israel.
Gesaan itu disuarakan Presiden Palestin, Mahmud Abbas menerusi delegasi yang dihantar ke kedua-dua negara berkenaan.
Menurut Mahmud, Amerika Syarikat (AS) tidak lagi mampu memainkan peranan sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan susulan pengumuman penuh kontroversi Presiden Donald Trump awal bulan lalu.
Seorang anggota delegasi yang melawat Russia, Saleh Rafaat berkata, Mahmud telah memberi mandat untuk semua delegasi mendesak pemimpin kedua-dua negara menyokong rundingan damai.
DUTA KE CHINA DAN RUSIA
“Kami sekarang berada di Russia dan sebahagian lagi akan berada di Beijing untuk menyampaikan mesej yang sama mengenai kepentingan mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung rundingan damai di bawah panji Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB),” katanya ketika dihubungi melalui telefon.
Mahmud pada Isnin mengulangi bantahannya terhadap sebarang peranan cuba dimainkan AS sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak dengan berkata, sesiapa saja yang membenarkan AS kembali sebagai orang tengah rundingan itu sebagai hilang akal.
Perjanjian damai antara Israel dan Palestin telah dibekukan sejak ia gagal dimeterai pada tahun 2014.
KENYATAAN RUSIA TERDAHULU
Penyelesaian adil dan berpanjangan isu Baitulmaqdis perlu berdasarkan perundangan antarabangsa, bukannya dengan perisytiharan kota itu sebagai ibu negara Israel.
Kementerian Luar Russia menerusi kedutaan negara itu di sini dalam kenyataan akhbar hari ini berkata perundangan antarabangsa itu termasuk resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB yang menyediakan penyelesaian semua aspek termasuk status terakhir wilayah Palestin dan isu rumit Jerusalem
Katanya, tindakan Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel memberi kesan lebih buruk kepada usaha damai antara dua pihak.
“Russia amat gusar dengan keputusan Washington,” katanya.
Russia, katanya, berharap isu Baitulmaqdis itu diselesaikan menerusi rundingan terus antara Israel dan Palestin.
“Dalam konteks ini, kami menyeru semua pihak, melaksanakan kawalan kendiri dan mengelak daripada tindakan yang boleh menyebabkan akibat buruk hingga sukar dikawal.
“Perhatian khusus harus diberikan untuk memastikan semua penganut memperoleh akses masuk ke tempat suci mereka di Kota Lama Jerusalem,” katanya.
MAHU LIHAT KEAMANAN
Kenyataan itu berkata, prinsip Russia mengenai isu itu tidak berubah, iaitu mempromosikan penyelesaian Palestin-Israel yang mana akan membawa keamanan kepada Israel di dalam sempadan yang diiktiraf antarabangsa selain memastikan kewujudan negara Palestin secara bebas.
Kenyataan itu menyebut pada 6 April lalu, Russia mengumumkan ia mencadangkan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota negara Palestin kelak dan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel.
Katanya, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan anggota aktif dalam Kuartet Asia Barat, Russia akan terus membantu Palestin dan Israel dalam usaha mereka mencapai perjanjian damai.
Pada 6 Disember, lalu Trump mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mengeluarkan perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan mengarahkan Jabatan Negara memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke kota suci itu.
Sumber : Berita Harian
The post Ini Permohonan BERANI Palestin Terhadap China Dan Rusia Buat Amerika RESAH appeared first on SAYALUVISLAM.
Post a Comment