'Boikot McDonald dan Starbucks itu satu tindakan yang betul?' - Lelaki ini kongsi beberapa fakta untuk anda nilai sendiri
Penafian: Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata-mata. Ia tidak mewakili The Reporter.
Adakah benar mitos Starbucks dan McDonald menyokong rejim kekejaman Israel? Setiap kali kita ingin boikot Israel, dua bisnes inilah yang akan menjadi sararan utama. Tetapi, adakah tindakan ini betul?
1. Baru-baru ini McDonald Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang dana kepada Israel. Perkara ini disokong dengan pemegangan saham 100% rakyat tempatan dan pemegang saham terbesar adalah Muslim.
2. Jika kita selidiki, McDonald ini sebenarnya dibenci di Israel. Ini kerana McDonald Israel yang dipegang oleh Omri Padan, langsung tidak mahu membuka cawangan di mana-mana tanah rampasan Israel.
3. Israel kemudian bertindak menyeru rakyatnya untuk memboikot McDonald dan menyokong pesaingnya iaitu Burger Ranch. McDonald masih lagi bertegas dengan polisi mereka di Israel.
4. Bagaimana pula dengan Starbucks? Starbucks dahulunya dikecam teruk kerana CEOnya, Howard Schultz adalah berbangsa Yahudi dan pernah menerima anugerah dari Israel.
5. Namun, Starbucks semenjak 2003, tidak membuka cawangan di Israel. Lebih mengejutkan lagi, mereka hanya beroperasi di negara berdekatan iaitu Lebanon dan Jordan.
6. Ini dengan jelas menunjukkan polisi Starbucks yang tidak bersetuju dengan tindakan Israel. Untuk operasi mereka di Timur Tengah, mereka beroperasi bersama kumpulan MH Aishaya WL, sebuah syarikat Kuwait.
7. Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh kita kaitkan McDonald dan Starbucks menyokong pejuangan Israel. Ini dikukuhkan dengan nama kedua-dua syarikat ini tidak disenaraikan dalam senarai BDS.
8. BDS ini adalah gagasan terbesar dalam usaha memboikot syarikat yang menyokong Israel. Ini link yang menunjukkan mereka tidak menyarankan kita memboikot McDonald. (Rujuk BDS LIST)
9. Jadi, nilailah sendiri sama ada tindakan kita memboikot dua buah syarikat ini yang rata-ratanya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia ialah tindakan yang benar atau salah.
Jangan boikot melulu sehingga memberikan kesan kepada kita sendiri.
Post a Comment