'Adil ke suami buat saya begini?' - Madu bengang suami mungkir janji tak ceraikan isteri pertama


Saat isteri pertama diduga dengan suaminya mahu berkahwin dua, dia redha dan menuruti sahaja kemahuan suaminya yang terlalu mengharapkan zuriat sendiri. Biarpun dituduh mandul, dia bersabar dan berdoa.

Tatkala si madu mensyaratkan bahawa si suami perlu menceraikan isteri pertama sekiranya si madu hamil, siapa sangka berkat kesabaran dan pengorbanan si isteri pertama akhirnya diberi kemanisan yang tak ternilai harganya. Suami yang dahulu putus harapan, kini pulang semula ke pangkuan isteri pertama, biarpun isteri keduanya juga hamil sama.

SALAM admin dan warga KRT. Saya nak meminta pendapat, tapi tolong jangan kecam saya. 

Isteri pertama suami, mandul. Jadi, suami nak berkahwin dengan saya. Suami juga berjanji selepas dia berkahwin dengan saya, kalau saya hamil, dia akan menceraikan isteri dia. 

Sekarang saya dah hamil lima minggu. Jadi, saya menuntut suami menunaikan janjinya sebelum ini. 

Tiba-tiba pula isteri pertama hamil dan kandungannya berusia sebulan lebih. Jadi, suami pula enggan menceraikan dia dan lebih mengutamakan dia. 

Adil ke suami buat saya begini? Mana janji-janji dia nak ceraikan isteri pertama? 

Saya mengamuk dan merajuk sebab dia telah berjanji sebelum ini dan sekarang dia memungkiri janji. Tetapi dia langsung tak mahu memujuk saya. Malah juga berkata yang dia tidak tahan dengan perangai saya seperti budak=budak. 

Lebih menyakitkan hati saya, dia tergamak kata saya perempuan bodoh, lebih baik berambus. Saya sedih sangat diperlakukan suami seperti ini. 


REAKSI NETIZEN:

"Sebenarnya, apa yang awak dapat itu sesuai dan kena sangat dengan niat tak baik awak itu. Anggaplah ini balasan dari Allah sebab ada menyimpan niat yang tidak baik iaitu mengharapkan suami menceraikan madu awak. 

"Bersihkan hati awak, madu awak itu sudah cukup berkorban hati dan perasaan semasa awak nak berkahwin  dengan suaminya masa mula-mula dulu. 

"Allah menduga dia dengan lewat hamil, sekarang atas berkat kesabarannya, dia hamil sama dengan awak. 

"Kita hanya merancang. Allah yang menentukannya. Lain kalau, kalau ada niat yang tak baik, ingatlah awak itu cuma hamba. Allah itu Maha Mengetahui." - Maziah Mazlan

"Well, well, well. Dah pesan banyak kali, dalam banyak-banyak janji, janji Allah sahaja yang orang perempuan boleh percaya. Tetapi awak nak juga percayakan janji lelaki. Selamat melahirkan secara berjemaah ya. Semoga selamat semuanya," - Siti Nordiana Mohd Bakri

No comments