'Dahlah kau tinggalkan aku seorang diri di rumah' - Ingatkan housemate ada di rumah, rupanya..
Di hujung minggu itu, aku baru balik dari kedai makan. Waktu itu dah masuk waktu maghrib. Sampai saja di rumah sewa, aku tengok rumah dah gelap. Hanya lampu bawaj saja yang masih menyala. Semua dah baliklah agaknya.
Aku baru saja tinggal di rumah sewa itu selama sebulan, bersama dengan lima orang kawan yang lain dan selalunya pada hujung minggu, mereka semuab alik ke rumah keluarga mereka dan tinggallah aku seorang diri di rumah.
Masuk ke ruang tamu, aku ternampak kawan aku, Man, yang sedang berbaring di depan televisyen. Tak balik ke budak ini?
"Kau tak balik ke Man?"
"Satgi," jawabnya.
"Cun arr, kita keluar makan. Motosikal aku rosak," lega ada teman makan bersama.
"Ermm..."
Aku pun terus naik ke atas, mandi dan solat. Tiba-tiba awek call. Aku pun layanlah call awek aku di tingkap, sejuk sikit. Sedang asyik bersembang, terdengar bunyi pintu jeriji di bawah dibuka orang. Aku agak, mesti Man yang buka. Aku dah beritahu dia tadi, nak keluar bersama.
"Man, kau nak pergi mana?"
"Makan," jawabnya.
"Woi! Tunggu aku!"
"Ermm..."
Aku pun bye-bye, xoxo dengan awek aku. Kelam kabut aku turun ke bawah. Sampai saja di luar, sunyi sepi. Celaka! Man tinggalkan aku! Aku cuba call dia dua tiga kali, tak dapat-dapat. Aku terus jalan kaki pergi ke kedai makan siam di taman sebelah.
Balik ke rumah, aku tumpang kawan. Sampai di rumah sewa, tengok-tengok pintu sliding dah kena kunci. Ah sudah?! Aku mana ada kunci? Dalam hati aku menyumpah Man bertubi-tubi. Aku pergi duduk di luar pagar rumah, call Man dan kali ini dapat call.
"Woi Man! Haram jadah betul! Kau kat mana?"
"Ape hal pulak ni?" soalnya kebingungan.
"Dahlah kau tinggalkan aku seorang-seorang di rumah. Tadi dah janji nak keluar makan sekali. Pastu kau kunci pulak pintu sliding. Aku mana ada kunci??"
"Woo.. aku balik rumah pagi tadi lagi, selepas habis kelas. Kau jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci. Tuan rumah kata, dah hilang." katanya.
Mendengar penjelasannya membuatkan aku terus terdiam. Habis, kalau Man dah balik pagi tadi, masa balik petang tadi aku bercakap dengan siapa? Bila difikir-fikirkan semula, aku tak nampak pun muka Man secara berdepan petang tadi. Masa aku bersembang di tingkat atas tadi pun, bunyi suara je.
Aku tengok rumah sewa, gelap gelita. Kemudian aku perasa benda pelik, semua tingkap rumah terbuka. Tingkap bilik atas, tingkap ruang tamu dan yang paling best, pintu sliding pun terbuka. Apa lagi, aku terus lari pergi ke rumah sewa kawan aku selang lima enam buah.
Sumber: Says.com
Post a Comment