Dikritik Erdogan Isu Baitulmaqdis. Ini Komen BALAS PM Israel Yang MENGEJUTKAN

Dikritik Erdogan Isu Baitulmaqdis. Ini Komen BALAS PM Israel Yang MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Erdogan Turki dilihat antara pemimpin Islam yang berani kritik terbuka Israel. Terkini di Perancis, PM Israel, Netanyahu memberi komen balas yang mengejutkan terhadap Erdogan. Dia kata Erdogan….

PULANG PAKU BUAH KERAS

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam Presiden Turki sebagai pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis dan menyokong pengganas.

Kenyataan itu dibuat selepas Recep Tayyip Erdogan melabel Israel sebagai ‘negara yang membunuh kanak-kanak’.

ISRAEL TAKMAHU DENGAR SYARAHAN PENGGANAS

“Saya enggan menerima syarahan mengenai moral daripada pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis di Turki, yang memenjarakan wartawan, yang membantu Iran mengelakkan sekatan antarabangsa dan yang membantu pengganas, termasuk di Gaza, membunuh orang tidak bersalah.

“Ini bukan orangnya yang akan memberi ceramah kepada kita,” katanya pada sidang media dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

KRITIKAN ERDOGAN SEBELUM NI

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini menyifatkan Israel sebagai ‘negara penceroboh’ yang menggunakan ‘keganasan’ terhadap penduduk Palestin.

Erdogan meningkatkan kecamannya terhadap keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan menggesa persidangan negara Islam diadakan pada 13 Disember ini di Istanbul.

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

“Israel negara penjajah. Kini mereka menggunakan keganasan dan mengebom penduduk muda dan kanak-kanak,” kata Erdogan dalam ucapan di Istanbul, merujuk kepada pencerobohan Israel di Tebing Barat dan pembinaan penempatan.

Erdogan menggambarkan Baitulmaqdis sebagai ‘kesayangan’ dan ‘batas kesabaran’ umat Islam.

Katanya, keputusan AS adalah batal dan tidak sah bagi Ankara.

“Trump mahu meneruskan langkah dengan berkata ‘saya sudah lakukan, ia sudah berakhir!’. Maaf tetapi …gagah tidak memberikan kamu hak seumpama itu.

“Pemimpin negara besar ada misi untuk mewujudkan keamanan. Bukan mencetuskan konflik,” katanya.

Sumber: Saya Luv Islam via Berita Harian

The post Dikritik Erdogan Isu Baitulmaqdis. Ini Komen BALAS PM Israel Yang MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.

No comments