'Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel selama 3,000 tahun' - Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel sejak 3,000 tahun lalu dan menggesa rakyat Palestin menerima dan menghadapi 'realiti' itu.
Kata Netanyahu, Baitulmaqdis tidak pernah menjadi ibu negara mana-mana pihak lain.
"Anda boleh baca dalam buku bertajuk 'Bible', baca sejarah komuniti Yahudi melalui diaspora kami. Mana lagi ibu negara Yahudi kalau bukan di Baitulmaqdis?
"Lebih cepat rakyat Palestin menerima 'realiti' ini, lebih cepat kita akan menuju keamanan," tegasnya.
Netanyahu berkata demikian berikutan protes umat Islam terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan itu telah menyebabkan banyak pihak yang membuat protest bantahan di seluruh dunia.
Sementara itu, jurucakap Naib Presiden AS, Mike Pence mengkritik pihak berkuasa Palestin dan Presidennya, Mahmoud Abbas, yang menolak untuk bertemu semasa lawatannya ke rantau tersebut.
Di Mesir, para ulama Islam dan Kristian juga turut membatalkan rundingan berjadual dengan Pence sebagai tanda protest terhadap AS.
Timbalan Presiden Persatuan GUaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor, menyarankan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan AS sebagai langkah drastik membantah keputusan Donald Trump.
"Langkah itu tidak akan menjejaskan ekonomi negara Islam kerana masih banyak lagi negara dunia yang tidak mengiktiraf Israel untuk dijadikan rakan diplomatik," katanya.
Sumber: BBC, Sinar Harian
Post a Comment