'Anak muntah 9 kali sehari, muka dan badan merah-merah, demam on-off, cirit birit 11 kali sehari' - Ibu kongsi derita anaknya kesan dari minum susu tiruan


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas 210 kotak rumusan susu bayi tiruan, selepas menerima aduan dari pengadu yang juga merupakan pengeluar susu berkenaan. Rampasan bernilai RM42,000 itu dirampas dari lima buah premis yang dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu. 

Difahamkan, pengeluar susu berkenaan menerima aduan dari pengguna di mana bayinya mengalami muntah-muntah teruk selepas meminum susu jenama berkenaan. Bagaimanapun setelah disiasat oleh pihak pengeluar, susu yang diminum itu merupakan susu tiruan. 

Susulan berita itu, viral di media sosial perkongsian seorang ibu mengenai anaknya yang mengalami kesan dari meminum susu tiruan tersebut. 

ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama dua bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham. Saya telah pun melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tetapi saya berharap:
  1. Mead Johnson Malaysia dan KPDNKK telus untuk membanteras, sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ini sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa agar tidak terus ditipu. 
  2. Juga sedia utuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari Jabatan Kimia nanti. 


Oktober 2017, anak saya Mikael keluar masuk hospital. Ingat lagi, kan? Warded lebih dua minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga sembilan kali sehari. Kenapa sampai sembilan kali, saya biarkan saja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital) dengan harapan dan doa Mikael akan reda dari muntah. Tetapi tidak. 

Saya bersyukur saya rekod dan ambil gambar sebab nak update suami saya yang berada jauh daripada kami. 

Tengah hari itu, muka dan badan Mikael dah mula kemerah-merahan dan panas. Setiap kali keluar merah-merah itu, saya mandikan dia. Demam on off. Menjelang jam tiga petang, Mikael sudah lembik, terbaring, susu pun dia tak nak minum. Jadi saya tak fikir panjang dan terus bergegas ke hospital berhampiran. 

Wallahi, langsung tak suspek disebabkan susu. Doktor pun interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya berikan pada Mikael atau ada tak Mikael termakan apa-apa saja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini, puas saya fikir tetapi saya tiada jawapan). 

Doktor terpaksa menahan Mikael di wad sebab dehidrasi dan untuk pemeriksaan lanjut. Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung tak nak susu atau makan. 

Next, Mikael dah mula cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sampai nurse pun tak dapat menahan baunya sewaktu proses nak mengambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada hari itu. 



Pelbagai ujian dibuat termasuk alergik test. Result semua okay untuk Mikael, tiada apa-apa alergik. Setiap najis diambil untuk ujian namun doktor masih tiada jawapan untuk punca. Selama berada di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam on off, merah-merah di seluruh muka dan badan sekejap ada sekejap hilang. 

Kemuncaknya, selepas seminggu Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dengan prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur walaupun berat hati ini nak masukkan macam-macam ubat pada Mikael yang masih bayi. 



Oh ya, sepanjang berada di hospital. Saya tak bagi Mikael apa-apa solid food. Yelah, doktor suspek mungkin alergik dari makanan tambahan. Tetapi Mikael masih minum susu Enfalac. Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan. Lagipun Mikael bukan baru minum susu itu. Dah beberapa bulan sebelum itu. 

Selepas dua minggu lebih, sebab dan punca masih belum diketahui. Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged. Balik ke rumah, ada perubahan pada Mikael, way more better sebab susu Enfalac pun dah beli pack baru  dari kedai lain. Yang dibeli sebelum itu dah habis saya bagi Mikael minum.



Yang tanya saya beli dari mana, saya tidak dapat nak nyatakan di sini sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ini. Kita menunggu jawapan dari mereka nanti. 

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak meneruskan anak menyusu dengan susu ini, boleh beli dari AEON dan TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka isytiharkan isu ini selesai. 

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dengan susu lain selepas pengalaman pahit ini. Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawa anak anda ke hospital. Saya doakan anak-anak kita dielakkan dari terus menjadi mangsa. 

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka dan badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul keluar dari badannya. InshaAllah slowly. Mohon doa dari semua juga untuk Mikael.

Sumber: Seila Nawi

BERITA BERKAITAN:

No comments