Pengalaman Villa Nabila

PENGALAMAN VILLA NABILA

Assalamualaikum admin dan kawan2 sekalian. Tq kepada admin FS sebab publish cerita aku, tiba² ringan pula tangan ni nak taip pengalaman aku sendiri. Harap2 korang smua janganlah kecam aku. Aku pun firstime nak menaip cerita panjang2 macam ni. Nama aku Sasya (bukan nama sebenar) dan aku perempuan. Macam tajuk di atas, ini pengalaman aku dan kawan2 pergi ke Villa Nabila yg terletak di Johor Bahru  Cerita ni sebenarnya pengalaman yang berminggu2 tapi aku skip jadik satu hari je). Perbuatan kami memang salah sebab pecah masuk Villa Nabila tu. Kalau nak tahu, kami lah penyebab Villa Nabila ni famous balik time 2013 tu, ala yang pasal budak 30 orang hilang lah, pasal Seorg kawan tu hilang dan lain2.

Memang tiap2 hari sabtu (time tu cuti kat JB masih sabtu ahad) aku akan ke CS (city square untuk berjumpa dengan kawan2 yang stay jauh2. Aku pula dari Pasir Gudang. So aku dan dua tiga kawan aku pergi ke CS dgn menaiki bus dan dapat kebenaran dari ibu bapa, cuma aku ni degil sikit so kadang2 ahad pagi baru balik rumah, huhu. Nak dijadikan cerita, satu hari kiteorg lepak ramai2 dekat kedai makan Di Segget (dulu2 sebelum dijadikan longkang besar). Jam kat tangan dah pukul 9malam. Nak balik pun bus dah tak ada. Aku pun call mak untuk bagitahu malam ni tak dapat balik dan tidur rumah kawan. Maafkan aku mak ,huhuhu. Bila dah bosan taktahu nak buat apa, mula lah seorang kawan aku ni bukak cerita pasal Hantu2 ni, mulalah terbukak cerita pasal Villa Nabila.

“Korang tahu tak, kat JB ni pun ada satu rumah seram”,  kata Ali (bukan nama sebenar) kepada kiteorg.

“Hmm seram sangat ke rumah tu?. Kat mana? jauh ke?”, jawab salah seorang daripada kami.

“Tak jauh, depan lido tu jek, Orang gelar rumah tu Villa Nabila…”,  si Ali pun cerita dengan panjang lebar pasal Villa Nabila ni, yelah macam semua orang tahu, yg Nabila ni kene bunuh dengan orang gaji dia lepastu kene simen kat dinding dll. Tapi tetiba si Ali ni stop kejap dari bercerita and gelak kecil, lepastu dia sambung cakap yang sebenarnya bukan Villa Nabila yang seram, tapi rumah atas bukit yang dekat sebelah Villa Nabila tu yang seram. Orang panggil rumah tu rumah doktor.

Aku tak ingat siapa yang bersuara tapi ada yang merancang untuk kesana. Walaupun ade yang x setuju sebab lemah semangat, tapi semua yg x setuju tadi semua ikot hihihi. Kene hasut dek hasutan member2 lah ni. Kami merancang gerak dalam 10pm, sebab kami jalan kaki, lagipun Ali suruh kami lalu jalan dalam sebab tak banyak kereta dan polis peronda, takdelah separuh jalan dah kene angkut huhuhu. Gerak lah kami dalam pukul 10:30pm. Biasalah janji melayu, berkumpul ramai2. Ali ni kira leader group Cik Abang Kiah ni lah haaha. Ali suruh kami cam satu sama lain, yelah supaya tak ada yang terkurang atau pun terlebih. Dalam 20-30 orang macam tu yang sertai group Cik Abang Kiah ni.

Dah lah peluh2, Jalan pun diterangi lampu jalan dan pokok besar yang sudah bertahun2 lamanyaaa kat situ. Dah separuh jalan aku nampak macam ada satu kawasan berpagarkan daun (x pasti daun ape). Aku tanya asal gelap sangat kawasan tu. Si Ali ni macam endah x endah je soalan aku, dia suruh kiteorang yang perempuan ni jalan je jangan banyak bunyik. “Lahhai Aku salah tengok ke ni? Tu kan kubur. Ali ni siut lah, asal xnak bagitahu awal2”, Alia berkata. Dalam hati aku “what?? kubur?! wtf”. Kami yang perempuan ni takut Allah saja yang tahu. Tapi mata aku ni meliar jugak haha.

“Eh ni pintu masuk kubur ni, Aku challenge korang masuk dalam ni, aku masuk dulu aku tunggu kat pintu keluar sana. Siapa sampai sebelum 10minit aku belanja makan”, geng Abang kiah bersuara. Takutnya kami (geng perempuan) masetu. Dalam kawasan kubur tu memang gelap gelita, ada lampu jalan pun tak terang sampai ke dalam kawasan kubur tu. Nak taknak terpaksa lah kami lalu. Dgn freehair, dgn ade girls yang dah menangis tersedu2 dalam diam, Aduh. Apehal lah diorang buat challenge macam ni. Jam dekat pukul 11pm. Lupa nak mention. Kubur tu kubur mahmodiah. Dah separuh jalan masuk ke kawasan kubur tu, aku nampak lampu biru kelap kelip kat luar kawasan kubur. “Ah sudah, polis peronda tu, nyorok2!”, Ali bersuara. Kucar kacir jap suasana kat situ, sebab polis peronda ni berhenti kat pintu masuk kawasan kubur dan suluh2 kawasan ni. Kami semua sorok dibalik pokok besar dan sebelah kepok kubur. Bayangkanlah, dah lah gelap kene nyorok pulak, jangan ade yang hilang sudah.

Polis pun dah pergi, kami pun keluar dari kawasan kubur tu. Allah saja yang tahu leganya kami. Masa kat dalam tu ada yang acacah ade yang hijabnya terbuka. Taktau lah betul ke tak, sampai menari2 berkuda kepang pulak. Dah lah gelap, eh eh nak buat hal pulak. Ali pun tarik lelaki tu keluar cepat dan baca2 ape2. Kejap je dah okey dah lelaki tu. Huhu Allahualam. Kami pun teruskan perjalanan ke Villa Nabila. Sampai dataran kami rehat kejap. Duduk2, beli air, buang air, berbual2. Lepastu jalan lagi (Aku skip je sampai Villa Nabila k). Akhirnya, Ali cakap dah sampai. Aku pelik ni celah mana Villa Nabila nya. Dia cakap ni belakang rumah doktor. Kita lalu belakang so kita ni kira atas bukitlah. Kami rehat jap kat tepi jalan betul2 depan laluan masuk ke rumah Doktor tu. Rumah doktor tu tak nampak dari jalan, mungkin dalam lagi rasanya. Laluan pun rumput2.

“Okey jum, jam pun dah pukul 12:34am ni. Cantik kalau masuk mana tahu ada rezeki”, kata salah seorang lelaki kat group ni. Aku dah tak ingat siapa sebab dah 4 tahun berlalu. Laluan Ke rumah Doktor ni berumput, yang aku pelik lecak dan berlobang2. Habis selipar dan seluar kami basah2. Tak hujan tapi lecak. Cabaran dah ni. Dengan selipar yang berlecak, peluh2 pulak tu, sampai lah kami betul2 belakang rumah doktor ni, Ali suruh jalan supaya pergi ke depan rumah. Dia kata tak elok masuk pintu belakang, dah macam ceroboh. Pada aku masuk ikot tingkap pun ceroboh juga. Tapi dah takut ikut jekla.

Masa lalu tepi rumah tu takut memang takut, tapi taktaulah asal mata aku ni meliar semacam. Dah lah diterangi dengan lampu screen hp je (time tu takde flash, hp semua murah2 lagi). Dah sampai depan rumah doktor. Rupanya rumah ni betul2 berhadapan dengan jurang bukit. Ni kalau jatuh, mau golek2 sampai laut lido. Ali mengira ahli rombongan cik kiah yang ada, 1,2,3..28,29,? Dia diam. Dia terus tak kira dah. Malas nak amik tahu. “Assalamualaikum, kami semua datang sebagai tetamu. Nak tengok rumah sahaja.” Ali Memulakan langkah dengan bismillah dan ucapan. Hihi kami follow je belakang si Ali ni. Rumah doktor tu memang seram. Daun2 kering beterabur kat lantai.

Mulalah adegan rasuk merasuk. Taktau betul ke tak. Siti dah mengeliat2 kat lantai macam takde tulang. Dengan suara yang mengilai2. Baru setengah jam masuk. “Yang perempuan pegang kaki Siti tu!”. Ali tuang air mineral ke genggaman tangan dia, baca sikit2 lepastu sapu ke muka Siti. Siti dah macam setan dah time tu, tendang2 kiteorang. Aku sabar je minah ni huhu. Tetiba dia diam, pengsan agaknya. Ali suruh kiteorang angkat dia bawak keluar. Takut kene lagi. Yang lain masih nak ronda2 rumah tu. Aduh potong stim betul lah minah ni, len kali tak payah ikut. Abu pun dokong si Siti ni sambil kami follow untuk ke beranda depan.

“Asal besar sangat rumah ni, kat 10minit jalan tak jumpa2 pintu. Aku dah risau dah, baru rumah doktor belum Villa Nabila lagi. Tiba2! Kami dengar ade suara gelak mengilai. Aku syak ngilai tu datang dari bilik depan kiteorang ni. Gelap memang tak nampak apa. Abu ni dah lah dokong si Siti, naseb siti ni kuyusss. Kuyus2 pun basuh kuyup juga aku tengok. Abu suruh Alia suluh bilik tu, mungkin ade jalan keluar. Suluh je guna screen hp, Alia jerit bagai nak gila, mulut aku terkunci, satu badan aku seram sejuk. Apa yang aku nampak ialah muka yang hodoh!

Rambut panjang serabai sampai ke lantai, baju putih lusuh. Nampak segalanya walupun suluh pakai screen hp je. Lintang pukang kami lari. Jumpa pun jalan keluar, mungkin dia nak suprise agaknya. Abu pun pecut walaupun tengah dokong Siti. Sian dia kami tingal gitu je. Mengucap panjang Alia. Akhirnya sampai keluar. Kami duduk di tebing2 bukit diterangi cahaya bulan. Nampaklah muka masing2 takut pucat2. Siti masih tak sedarkan diri dan kami baringkan je dia atas rumput.

Ali and the geng, keluar dari pintu rumah doktor tu. “Takde ape pun? Bosan lah. Jom turun bukit ni, kita redah Villa Nabila pulak”.

“What? bosan? Kau buta ke ape? Siti dah macam ni, lepastu suruh kiteorang redah bukit ni pulak dah lah lecak. Confirm licin, kau gila lah Ali! Aku nak balik!!”, Tengking Maya.

“Kau nak balik? kau balik, kesah apa aku. Siti pun tak banyak bunyi, kau nak memekak pulak. Lain kali tak payah ikut,semak je.” Ali jawab tenang.

Semua diam membisu. Kami pun mula lah turun perlahan2 menempuh bukit yang licin. Si Siti ni dah sadar. Cuma lemah, tapi boleh je jalan. Aku tak paham sebenarnya, dalam 20-30 orang tu yang banyak cakap Ali, Aku, Maya, Siti, Abu, dgn Alia je yang pot pet pot pet. Yang lain diam bisu, tak macam tadi. Nyanyi2 lah pebenda tah. Mungkin diorg mengucap berzikir dalam hati kot. Bukit curam kami redah, tak sampai 15minit dah sampai tepi Villa Nabila. Habis luka2 tangan, baju kotor2. Sebab ade yang malas nak jalan turun satu2 kami gelongsor je. Pastu sakit tergelongsor atas batu huhuhu. Perit oii.

Kat Villa Nabila ni kami terpaksa masuk dari tepi. Sebab takda jalan nak kedepan. Time ni masuk je, bismillah semua takda. Hati smua dah dup dap dup dap pikir nak balik. Jam dah pukul 3am dekat 4am. Masa kami turun bukit tu kami semua dengar satu jeritan yang kuat, tapi sekali je. Macam nak jatuh jantung ni, tapi semua diam je. Kang tegur dia muncul mau golek je semua. Sempit Villa Nabila ni, semak samun rumput lalang. Gatal2 kiteorang. Time ni memang nak carik jalan keluar je. Tapi lagi sekali kami nampak cik ponti. Kalini dah takda diam dah, semua jerit dan berpecah. Dari 20-30 jadik belas2 orang je yang ada. Ada yang lari ikut tepi tingkap, Lari naik bukit balik. Yang lain tak pasti. Jalan punya jalan sampai lah bebelas orang kat ruang tamu Villa Nabila ni. Ada satu tangga yang rapuh untuk ke atas, tapi tak dapat nak explore dah sebab mata ni memang nampak segala2nya. Memang rezeki betul! Cik gula2 dekat atas tangga.B erlari kami keluar.

Finally, kami keluar dari Villa Nabila. Time tu Siti dah takda dah, mungkin dia ikot group lain semasa berpecah tadi. Kesah ape aku janji aku selamat sudah. Tapi belum habis lagi seramnya tu. Sebab Villa Nabila dgn jalan besar lido ade dalam 500m jaraknya. Lepastu penuh dengan semak samun. Nak taknak lalu jugak. Sunyi je jalan ni, walaupun dah subuh, azan pun tak dengar, mungkin tiada surau atau masjid berdekatan. Pokok2 tinggi menutupi awan. Kiri kanan atas tepi semua pokok dan daun, takde langsung cahaya bulan. Kami ikut je jalan tar yang sehala ni. Memang rasanya jalan ni jalan keluar.

Akhirnya, lampu jalan kat luar dah semakin nampak jelas. Bersyukur ya Allah. Tapi satu lagi cabaran yang ada, rupa rupanya Villa ni kene pagar guna Zink yang tebal tu. Pintu pun kunci guna mangga solek. Tak pasal kene carik pape nak panjat. Boleh tahan tinggi ni. Disebabkan tak ada benda yang boleh buat panjat, terpaksa lah seorang abang angkat kami ni dokong sorang2 bagi lepas. Dalam menunggu giliran untuk melepaskan diri, sekali lagi mata aku meliar. Aku pun taktahu kenapa. Aku dongak tengok atas aku nampak sepasang tapak kaki, maknanya macam ada orang gantung diri. Nak pengsan dibuatnya,n aseb baik aku bukan jenis lemah semangat. Kakinya pucat luka. Yang pasti yg tergantung tu perempuan. Terus aku mintak giliran aku untuk melepaskan diri. Memang kelam kabut aku. Aku taknak bagitahu diorang. Nanti semua nak lepaskan diri.

Semua dah lepas dari pagar tu. Aku pun beranikan diri dongak lagi ke atas. Memang ada lagi makhluk tu. Takkan diorang tak perasan? Hmm takpelah. Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Segget. Lalu jalan besar lido tu. Time tu dah tak kesah dah orang pandang ke apa. Jam dah pukul 7am. Bus pun dah banyak lalu. Kami pun tahan bus dan naik sampai segget. Nasib ada duit sikit2. Huhu takdelah penat sangat. Bus pun beraircond sejuk. Tapi semua orang dlm bus tu memang jeling jijik ngn kiteorang. Dah lah basah2 kotor lecak,Busuk bau peluh, huhu lantak lah.

Rupanya kami lah group yang pertama sampai, yang lain memang tak ada kat situ, taktau lah balik ke, sesat alam lain ke, taktau. Kawan2 setempat aku pun tak ada. Kami pun berpisah say goodbye bagai dan gerak ke bustop bus masing2. Aku jelah jauh sikit sebab kene pergi ke JB sentral. Bus pg tak lalu depan lalu belakang. Aduh penat. Ingat lagi aku, sensorang dengan kotor sempat beli Cool blog dekat dalam jb sentral tu. Fuhh leganya dapat Cool blog. Aku pun menunggu bus kat bustand tu and balik rumah.

Sampai rumah mak dan ayah masih tidur. Aku memang bawak kunci. Masuk rumah mandi dan terus baring atas tilam. Badan ni lepak sangat. Jam time tu dah pukul 10am. Aku pun terlelap. Aku ada sadar2 juga mak bebel2 sebab aku balik lambat, tapi aku ngantuk sangat aku tidur je hihihi. Malam tu aku tengok berita tergempar pasal budak2 hilang, dipercayai masuk Villa Nabila. Mak ayah aku ade gak tanya aku, aku pergi ke tak Villa Nabila tu sebab dalam tv tu ade muka kawan2 aku. Aduh dengan gelisah berlagak tenang aku jawab je takde pun. Mak ngan Ayah pun buat bodoh jelah. Aku rasa diorang tahu aku pergi. Tapi bila aku selamat diorang malas nak bising2.

Berakhilah sudah cerita aku tentang pengalaman aku redah Villa Nabila ni, maafkan aku kalau kejap2 guna “kami”, pastu tukar “kiteorang”. Maafkan saya. Tapi tempat tu memang keras. Huhu Allahualam.

The post Pengalaman Villa Nabila appeared first on Fiksyen Shasha.

No comments