Pendidikan Dari Awal

Hi, gelarkan aku linkin. segaja sebab aku minat linkin park. anak ke 3 dari 4 beradik dan sedang menganggur tunggu result upu. ada rezeki in shaa Allah sambung belajar. semoga dipermudahkan, amin.

Adik bongsu darjah 6, sekolah rendah biasa, tak sekolah agama, that’s all. “ingatkan anak last lagi pandai berdikari tapi lagi menjadi-jadi” ayat mak masa dia marah bila adik bongsu buat hal malas buat homework. aku perempuan, adik aku pun perempuan. so far, alhamdulillah seingat aku kakak, abang, dan aku dah pandai bawak diri masa darjah 6. aku : darjah 6 pandai iron baju sekolah sendiri, buat hw sendiri, ikut jadual sendiri, prepare barang nak bersiap sendiri, turun tunggu bas sekolah sendiri. tapi adik yang last ni inalillah, dugaan sikit.

Dugaan liat nak solat walau banyak kali suruh tak makan saman, suka tengok tv, kerja sekolah last minit baru terkejar buat, kadang-kadang buat perangai nangis awal pagi drama tak nak pergi sekolah. takda nak iron baju sendiri, last minit hari nak gi sekolah baru kabut cari singlet anak dalam apa semua. memang rutin mak untuk kejut dia ke sekolah, alang alang nak solat subuh. [kami 3 beradik perempuan memang kaw kaw rapat dan semua rapat dengan mak tapi tak berapa ngam dengan ayah]

Dari sudut pandang, salah adik aku tak pandai behave. salah mak juga sebab gigih. ya, gigih. gigih suruh kakak-kakak tolong buat apa yang dia sendiri patut buat. kejap kejap mak suruh carikan baju, kejap kejap suruh tengok kerja sekolah, kejap kejap suruh aku jemur kasut. tertanya jugak, dia yang sekolah ke aku. everytime kena suruh benda first aku buat — cari adik aku tengok dia buat apa. kalau buat hw ke tidur ke tak apa ada ehsan lagi aku sebagai kakak tolong juga. kalau tengah sibuk tengok tv ke main game ke ha yang ni pantang. memang kena sound terus suruh bangun buat sendiri kalau tak nak jugak ambik rotan, bagi masa, tak gerak jugak aku libas. lantak nak nangis ke apa; same goes bila suruh gi solat.

“nak anak hebat, cemerlang tapi taknak ajar anak, tolong bantu kerja sekolah anak” – Izzara Irene

Mak ayah aku bukan jenis yang pantau kerja sekolah anak. bukan juga jenis yang suka ke mesyuarat pibg (which for me sangat wajar semua parent pergi) mak juga tak ada kesedaran untuk ajar anak benda baru — cara order makanan, cara masak, cara guna mesin basuh, cara potong sayur, cara basuh nasi dan sebagainya yang aku sendiri anggap ilmu tu sangat perlu untuk hidup. sadisnya semua benda tu diajar lambat tu pun atas kehendak aku sendiri. bukan semua benda kami boleh belajar dari pemerhatian. bukan semua benda kami sedar awal. kalau boleh apa pun pelawa la ajak kami buat sekali.

Kalau tak puas hati dengan anak cakap terus, tolong jangan terasa pastu berdalih. kadang-kadang kami yang anak tak tau perlakuan perkataan kami mengguris. jangan anggap anak menjawab tu biadap. kami ada pendirian juga kalau tak nak terima at least dengar. tolong recall balik bila kali terakhir satu family lepak sama-sama. bila last semua duduk sembang tanpa phone kat tangan. sila fikir. bila kali terakhir anak sembang dengan kalian pasal kawan, pasal minat, pasal hobi, pasal kerjaya, pasal masalah, pasal benda remeh. sila fikir. kalau tak pernah langsung tu lagi lah kena fikir.

Tolong dedahkan kepentingan ilmu, kepentingan aktiviti koko, kepentingan solat, kepentingan cerita problem, kepentingan jaga maruah, kepentingan adab, kepentingan menjaga kesihatan dari awal. diulangi : DARI AWAL. pesan kat anak waktu malam ketuk pintu bilik ibu ayah tak bukak jangan ketuk banyak kali, nak masuk bilik kena ketuk dulu minta izin walau sekecil perkara asal terlintas pesan sahaja. diulangi : PESAN SAHAJA. ajar anak untuk tak takut berterus terang, lepas marah bagitau mana yang salah, ajar mereka cara berdikari, ajar mereka batas batas pergaulan, pantau phone anak — harus rasa curiga kalau mereka buat password. check selalu phone — segala sosial media tengok dengan sapa mereka chat, macam mana mereka chat. ada adab tak kat laman sosial, maruah jaga ke tidak. takyah takut dengan anak, kamu tu mak bapak. baik yang laki baik yang perempuan sama je kalau still tak bagi atas alasan privasi, kalian dah boleh mula bagi kfc versi rashid agar mereka insaf berjemaah. mana ada istilah privasi, badigol.

Bila dah tinggalkan sekolah ni banyak benda yang aku sedar. aku sedar yang kuasai bahasa asing itu best dan perlu dan era sekarang. hantar la anak gi sekolah rendah cina or tamil. dah besar nanti bersyukur la anak anak dapat bertutur bahasa melayu, inggeris, cina/tamil. tolong berani ambik risiko. pak saidi ayah leftenan adnan pun berani ambik risiko dan tak endahkan kritikan masyarakat bila hantar adnan ke sekolah inggeris masa zaman penjajah dulu. sebab dia tau ada baiknya dari hantar ke sekolah melayu. akhlak mulia itu perlu, semangat waja ingin menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara itu perlu, kemahiran cakap depan orang ramai itu perlu — bukak astro CH723, tengok Little Big Shot. hadam macam mana budak barat boleh enjoy dan yakin bila atas pentas macam tak ada langsung rasa gementar. lepastu bandingkan dengan anak kalian pulak tengok dia macam mana. jangan tiba-tiba kau cakap agenda yahudi sudah la.

Walau apa pun aku redha dengan segala ketetapan-Nya. baik mahupun buruk mari sama sama terima. semoga kita semua dapat berbakti kepada kedua orang tua. masa aku lelah persiapkan diri untuk spm, mak juga berkorban rela menjaga suami tercinta kat hospital. walaupun mak takda untuk pantau orang sepanjang masa tu tapi orang yakin doa mak ayah sentiasa ada mengiringi setiap langkah dan usaha orang. praise to Allah, thanks for everything. ayah penghidap kanser hidung dan otak yang telah menjalani 2 kali pembedahan dan kini masih menjalani sesi kemoterapi di IKN. minta jasa baik semua untuk doakan beliau. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Akhirul kalam: peace and love from me; assalam

– Ninja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments