#Kaklang: Permulaan.

Assalamu’laikum dan selamat sejahtera. Aku Hulk Koko. Disini aku ingin bercerita tentang kisah hitam yang menghantui keluarga aku selama bertahun-tahun. Jadi, aku amat berterima kasih kepada admin Fiksyen Shasha sekiranya publish cerita aku yang tak setanding dengan karya-karya SiCelupar, DeeFen, Wan Sc, Rusydi Ahmad dan lain-lain penulis yang berbakat kalau nak dibandingkan dengan cerita hambar aku ni. Tapi aku harap readers semua enjoy penulisan aku ni dan aku telah cuba sedaya upaya memuaskan hati kalian sepertimana aku inginkan kepuasan ketika membaca cerita-cerita disini. So, lets begin.
…………………………………….
“Erghhh, erghhh”, suara seakan-akan nafas tersekat di kerongkong kedengaran datang dari arah bilik kaklang. Tercungap-cungap kaklang mencari nyawa di ruang biliknya seorang diri. Ummi dan baba yang menyedari kejadian itu segera bertindak. Jam 1 pagi, kereta dipandu baba meluncur laju ke hospital yang berada di tengah pekan. Hampir 30 minit kaklang berada di wad kecemasan menyedut gas bagi melancarkan kembali perjalanan oksigen didalam tubuhnya. Sementara menunggu kaklang, tiba-tiba ummi disapa oleh doktor yang bertugas pada malam itu.

“Anak makcik ni bukan kena asma ni, sebab bunyi orang kena asma berbeza dari bunyi ni”, terang doktor tersebut sambil membuat demo bunyi orang yang diserang asma yang betul.
Ummi hanya mengiyakan kata-kata doktor tersebut walaupun berasa agak pelik kerana kaklangku ini sering diserang penyakit asmanya sejak kecil lagi. Ummi tidak hiraukan pada awalnya tetapi berat hati ummi mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Setelah selesai semuanya, kaklang pun kelihatan mula beransur pulih seperti sediakala, tiga beranak itu pun beredar dari perkarangan hospital dan terus pulang ke rumah. Kejadian ini diceritakan semula oleh ummi kepada aku pada keesokan paginya sambil ummi menyidai pakaian di luar rumah kerana saat perkara ini berlaku, aku sedang terbongkang tidur sambil melayan mimpi-mimpi syahdu. Aku hanya mampu ternganga mendengar cerita dari ummi, sebab memang aku tak sedar langsung pasal benda ni pada malam tu. Mungkin aku sungguh-sungguh menikmati kematian kecil tu kot.

Tak lama kemudian jiran kami yang hanya berselang dua buah rumah, jalan menuju ke rumah untuk bersembang dengan ummi selepas nampak ummi sidai baju di ampaian. Pada awalnya, macam biasalah ayat mukaddimah makcik-makcik ni.

“Aiii, sidai baju ka, mas?”, Makcik Nora mulakan mukkadimah asas sebelum masuk ke isu-isu semasa hal ehwal masyarakat. Setelah beberapa minit ummi dan Makcik Nora bersembang bab ikan temenung mahal, udang dipasar saiz kecil-kecil, santan makin mahal dan macam-macam bab lagi yang aku tak ambil port pun nak dengar tu, sampailah ummi buka cerita pasal kaklang semalam. Masa ummi cerita ni aku dah mula kembali normal untuk dengar perbualan mereka. Ummi cerita pada Makcik Nora sama seperti yang ibu ceritakan kepada aku termasuk perbualan ummi dengan doktor di hospital tersebut pada malam itu. Tiba-tiba Makcik Nora memberi cadangan kepada ummi.

“Cuba mas bawa kaklang tu pi berubat dengan rawatan Islam. Dekat Taman Syurga Yang Tak Dirindukan ada satu pusat perubatan Islam. Dulu kak nora pun ada sakit-sakit juga. Pi check dekat hospital, doktor kata tak ada sakit apa pun. Lepastu kawan pejabat kak nora cadang suruh pi dekat ustaz yang buat rawatan tu, untuk check tengok kot-kot ada sakit lain yang kita taktau sebab tak nampak di mata kasar kita ni, kan?”, cadang Makcik Nora.

Ummi kelihatan berminat dengan cadangan Makcik Nora untuk bawa kaklang ke sana yang hanya sekadar untuk mencuba dan melihat sekiranya benar kata-kata dan telahan Makcik Nora itu. Ummi pun mula bertanya dimana tempat tersebut dengan lebih terperinci kepada Makcik Nora. Mereka pun meneruskan perbualan mereka ke hal-hal lain yang langsung tidak menarik perhatianku untuk mendengar. Lalu, aku beransur perlahan masuk ke dalam rumah untuk melayan anime Jepun Inazuma Eleven di siaran NTV7.

Jam terus berdetik dari satu angka ke satu angka sehinggalah bulan perlahan-perlahan bersinar didalam kepekatan malam, cengkerik dan unggas pula mula mengambil tempat dalam acara siulan paling bingit dan tak merdu. Selepas baba pulang dari masjid menunaikan fardhu isyak disana, ummi memberitahu kepada baba plannya untuk bawa kaklang ke pusat perubatan yang Makcik Nora ceritakan pagi tadi. Baba yang sememangnya sentiasa cool itu benarkan saja ummi bawa kaklang kesana. Kaklang? Dia terpaksa akur dengan cadangan ummi. Aku pula acah-acah tak hiraukan mereka dengan menonton rancangan di televisyen walaupun aku telah siap-siap stanbykan telinga kuasa cuping gajah untuk mendengar perbualan mereka.

Hari selasa selepas asar kami tiga beranak tiba di tempat yang Makcik Nora ceritakan. Baba tak dapat sertai kami kerana baba ada hal di tempat kerjanya. Dengan langkah kanan kami mula menapak ke rumah kedai setingkat itu dari lot parking. Ummi kelihatan biasa, begitu juga kaklang yang tidak menunjukkan sebarang reaksi aneh walaupun tempat rawatan tersebut berbau seakan haruman kasturi. Ketika kami sampai, ada beberapa pesakit lain yang sedang dirawat. Jadi, kami perlu tunggu sebentar sebelum kaklang dipanggil untuk gilirannya.

Waktu yang dinanti-nantikan, akhirnya tiba. Kaklang dipanggil masuk ke sebuah bilik sederhana kecil yang khas disediakan untuk sesi rawatan. Kaklang kelihatan gemuruh. Ummi juga menunjukkan reaksi yang sama sambil menggemgam tangan aku yang berada disisinya. Sebelum ustaz tersebut memulakan rawatan, sempat dia bertanya soalan-soalan biasa yang ditanya, seperti nama siapa, duduk dimana, kenapa datang merawat dan macam-macam lagi soalan yang banyaknya dijawap oleh ummi. Ummi dengan jujurnya beritahu kepada ustaz itu bahawa tujuan kami datang kesitu adalah sekadar ingin memeriksa keadaan kaklang dan bukan berniat hendak dirawat secara serius kerana kami ketika itu kami langsung tidak tahu kondisi sebenar kaklang. Mendengar kata-kata ummi, ustaz itu hanya tersenyum seraya berkata,

“Kita tengok sat lagi. Kalau dia menjerit bila saya pegang ibu jari kaki dia, ada la tu tak kena dekat mana-mana”.

Ummi hanya mengangguk faham. Lantas,ustaz yang mesra dipanggil Ustaz Ishak itu, dengan pantas membaca potongan ayat-ayat suci al-Quran sambil memegang ibu jari kaki kaklang. Dengan tidak semena-mena, kaklang menjerit semahu-mahunya. Tersentak dengan jeritan itu, ummi juga turut menjerit kerana terkejut sambil menggenggam tangan aku dengan lebih erat dan kejap. Apabila Ustaz Ishak sentuh sahaja ibu jari kaki kaklang, meronta-meronta kaklang minta dilepaskan seperti ada sesuatu yang melukakannya. Bukan lagi suara kaklang yang aku kenal sejak kecil yang menjerit ketika itu tetapi itu adalah suara nenek tua yang amat nyaring. Ummi mula berlinangan air mata tidak tahan sebak dek kerana terseksa melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang meraung meronta-meronta minta dilepaskan sambil duduk membongokkan badan seperti orang yang sangat-sangat tua usianya. Mata kaklang juga seakan-akan tidak terdaya untuk dibuka penuh sambil bibirnya menjuih kehadapan seperti mencebek. Muka kaklang juga sudah hilang serinya. Memang keadaan kaklang amat menakutkan dan menyedihkan. Sah itu nenek kebayan tua!

“Dia bukan lagi kakak aku!”, jerit hati kecilku.
Setelah beberapa minit keadaan kaklang begitu, berlaku dialog diantara Ustaz Ishak dengan jin nenek tua itu.
Ustaz Ishak: Ni sapa ni hat duduk dalam badan budak ni?
Jin: Akulah!
Ustaz Ishak: Hang sapa? Mai dari mana ni?
Jin: HAHAHAHA! Aku dah duduk lama dalam budak ni. Hampa ja taktau. Aku lapaq, aku nak teluq! Dah lama aku tak dijamu makan.
Ustaz Ishak: Ohh, hang nak makan? Boleh kalau hg nak makan, tapi hang kena keluaq dulu dari badan budak ni. Mau dak?
Jin: Takmau! Aku nak budak ni. Budak ni baik. AKU LAPAQQQ!! Aku nak makan lah bodoh!
Ustaz Ishak: Kalau hang takmau keluaq, aku paksa hang keluaq!

Bibir Ustaz Ishak mula terkumat kamit membaca ayat ruqyah untuk menarik jin itu keluar. Maka terjadilah pergelutan antara “kaklang” dan Ustaz Ishak. Habis disepak terajangnya ustaz itu. Makian bodoh sudah jadi zikir jin terlaknat itu. Bermacam cara ustaz pujuk jin itu supaya keluar. Diumpannya dengan telur rebus juga tidak menjadi. Jin itu tersangat degil sehingga memaksa Ustaz Ishak untuk bertindak lebih agresif. Akhirnya jin itu menyerah dan berjanji untuk keluar kerana dia sudah tidak tahan menanggung sakit apabila dipukul dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Aku nak keluaq, aku nak keluaq. Dah la bodoh, sakit hang tau dak?”, jerkah si jin lahanat itu.
“Ohh, baqu nak keluaq, tadi aku suquh keluaq cara elok takmau dengaq. Ni dah sakit baru nak keluaq. Haa cepat, nak keluaq ikut mana? Aku nak tarik.”, balas Ustaz Ishak tercungap-cungap kepenatan selepas berhempas pulas mengerah tenaga beradu dengan jin itu.
“Aku bohong jaa, HAHAHAHAHA!”, kata jin itu sambil ketawakan ustaz itu kerana berjaya memperdayanya dengan helah yang amat cilaka.

Ustaz Ishak mula berang dengan helah yang dikenakan oleh jin tersebut keatasnya itu, dia telah mulakan sekali lagi bacaan ruqyahnya tanpa henti walaupun diminta berhenti oleh jin itu berkali-kali kerana kesakitan. Jeritan jin itu seakan-akan dia dibantai dengan sekeras-kerasnya. Nyaring benar jeritan suaranya sehingga merinding bulu roma aku.Tidak hirau dengan tipu daya syaitan yang terkutuk itu, Ustaz Ishak berterusan membaca ruqyah tanpa henti sehingga kaklang berasa mual hendak muntah. Sambil membaca ruqyah, sambil menepuk-nepuk dibelakang tubuh kaklang. Akhirnya, kaklang berjaya muntahkan air liur kosong didalam bekas yang disediakan. Kaklang mula sedarkan diri dan dia telah menjadi dirinya kembali.

Wajah kaklang tampak kembali berseri tidak seperti tadi. Suaranya juga telah kembali normal, begitu juga bibir dan matanya telah menjadi seperti sediakala. Ummi tersenyum gembira melihat kondisi kaklang yang telah sembuh. Ustaz Ishak memanggil nama kaklang berkali-kali untuk memastikan kaklang adalah kaklang yang sebenar.

Ummi menyangka episod hitam yang berlaku kepada kaklang telah berakhir setelah kaklang muntahkan muntahannya itu. Rupa-rupanya, telahan ummi jauh meleset. Mimpi ngeri disiang hari itu adalah baru titik permulaan permainan jin laknatullah ‘alaih itu, yang selama ini telah bersembunyi dan bersarang didalam tubuh badan kaklang selama bertahun-tahun. Sudah beranak-pinak jin itu didalam badan kaklang. Namun, disebabkan ia pandai sembunyikan diri, perkara ini tidak dapat dikesan dengan lebih awal. Maka, pada tarikh itu secara rasminya jin itu telah zahirkan dirinya untuk terus-menerus menganggu dan merosakkan kehidupan keluarga kami. Bukan sahaja kami diganggu, bahkan hubungan antara saudara-mara juga retak akibat dari perbuatan jahat jin ini yang sememangnya hadir untuk memusnahkan kehidupan anak-anak Adam ‘alaihis salam.

Rentetan dari kisah kaklang ini akan membuka lebih banyak pintu-pintu kehancuran didalam keluarga besar aku yang akan diceritakan pada episod-episod akan datang.

-Hulk Koko

The post #Kaklang: Permulaan. appeared first on Fiksyen Shasha.

No comments