Hati Seorang Akak Ipar

Assalamulaikum Warga IIUM Confession. Apa khabar semua? Diharap semua sihat walafiat sebab tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Pastikan semua puasa penuh, ok? Tapi confession aku bukan pasal puasa tapi mengenai kisah hidup aku sebagai seorang kakak ipar. Aku berkahwin hampir 5 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Aku hendak berkongsikan kehidupan aku selama bergelar sebagai seorang menantu dan kakak ipar.

Sebelum Perkahwinan.
Alhamdulillah hubungan aku dengan mertua dan adik-adik ipar baik saja. Aku selalu melawat mertua sebelum perkahwinan lagi. 1 hari tu, aku ada sedikit salah faham antara aku dan adik ipar perempuan. Salah faham tu tak payahlah aku ceritakan sebab tak nak fikir dah perkara yang lepas dan aku maafkan dia je. Lagipun perkara yang lama buat apa nak diungkit. Lupakan sahajalah. Cuma nak bagitahu, sebelum kahwin lagi pun aku dan adik ipar tak sebulu. Nasib baiklah mertua baik sangat-sangat.

Kehidupan Perkahwinan.
Awal perkahwinan memang terlalu banyak onak duri yang kami perlu tempohi sebagai suami isteri. Baru je seminggu dua kami sudah bergaduh. Semua disebabkan adik ipar perempuan aku. Hendak diceritakan sepanjang perkahwinan kami selalu bergaduh berpunca dari adik ipar. Dan seperti biasa suami aku selalu berpihak adik dia. Sakit hati aku. Yelah, aku kalau apa-apa semua kongsi cerita dengan suami aku sebab aku takde sesiapa hendak diluahkan. Mula-mula perkahwinan,aku duduk sebumbung dengan mertua. Rumah mertua dekat dengan tempat kerja suami aku. Dalam 3 bulan juga aku duduk sebumbung dengan mertua. Mula-mula tu, biasalah semuanya madu. Indah belaka. Tak berapa lama tinggal tu, mulalah mulut laser adik ipar aku tu keluar. Diri sendiri taknak cermin. Ada ke dia kata aku ni pemalas. Sabar jelah. Aku ni jenis suka memerhati, selama aku duduk rumah mertua aku perhati je adik ipar aku tu 1 kerja rumah pun taknak buat. Semua kerja rumah basuh pinggan, masak semua mak mertua aku buat. Yang adik ipar aku tu, tahu tidur dan bergayut kat phone je. Alasan takde masa nak buat semua tu. Jangan nak cakap kau tunggu je aku buat semua tu. Kau tu sebagai anak perempuan patutlah buat semua kerja tu. Janganlah nak harapkan mak kau je. Dan nak harapkan kakak ipar kau buat. Konon, kau tahu je buat semua tu tapi sebab kau kerja kau takde masa nak tolong. Come on lah, kau tu bukan bukak kecik lagi semua mak kau nak buat untuk kau. Basuh seluar dalam kau pun mak kau yang basuhkan. Tak malu ke. Cukuplah masa kau kecik-kecik mak kau buat semua tu, ni tua bangka pun tak sedar diri lagi. Aku yang tengok ni pun sakit hati tahu tak kau buat mak kau macam kuli kau je. Yang aku ni kesian, sekali sekala tolong jugaklah basuhkan dan sidai baju-baju kau tu. Kadang-kadang tu, aku selalu buat kerja rumah bila mertua takde dekat rumah. Biarlah diorang tak nampak, aku buat bukan sebab nak pujian pun. Mungkin sebab tu adik ipar aku tu gelarkan aku ni pemalas. Dah kerja macam bangla kerja memanglah kau tak nampak ape aku buat dekat rumah tu.

Selepas hampir 3 bulan duduk sebumbung di rumah mertua kami pun berpindah di rumah sendiri. Hampir setiap minggu kami balik ke rumah mertua. Macam biasa, awalnya memang indah belaka. Tapi bila dah terlalu kerap balik (setiap minggu), lama-lama jadi annoying pulak! Kata-kata sindiran dari adik ipar makin keraplah aku dengar. Yang mak mertua aku pulak, macam dah berubah. Mungkin ada hasutan. Biasalah, manusia tidak boleh berdua, pasti ada umpatan. Haaa, lupa pulak nak bagitahu, aku ada seorang je adik ipar perempuan. Yang lain semua lelaki. Suami aku anak sulung. Mungkin kehadiran aku buat dia rasa tergugat. Kan dia seorang je perempuan selama ni, datang pulak aku dalam keluarga dia. Nampak dia cemburukan aku. Jelas sangat cemburu dia tu. Semua dia nak buatlah. Taknak kalah dengan aku. Contoh, aku kerap bersenam dan makan makan berkhasiat, dia pun taknak mengalah. Padahal selama ni kerja dia tidur je. Tapi taknak kalah punya pasal dia pun nak juga. Tapi benda elok aku tak kesah pun dia nak ikut kan.

Nak cerita pasal adik ipar aku ni terlalu banyak. Banyak sangat sangat sangat sangat. Banyak perkara yang buat aku sakit hati dan menangis. Tapi yang dapat aku kongsikan cuma sedikit je. Baru je 5% aku kongsikan. Sebab aku taknak nampak buruk sangat adik ipar aku tu. Yang menderita biarlah aku seorang je. Korang yang baca tak payah lah terasa derita baca kisah aku ni.

Jadi adik-adik ipar dan bakal adik-adik ipar diluar sana tu, hormatilah kakak ipar anda. Sama-sama kita saling hormat-menghormati. Aku pun ada kakak ipar tapi tak pernah layan kakak ipar aku dengan teruk, nak lukakan hati dia apetah lagi. Tapi kalau kakak ipar aku pernah terasa dengan sikap aku tu tak tahulah. Kadang-kadang kakak ipar ni taknak luahkan sebab dia tahu kedudukan dia. Dan lagi 1, adik-adik ipar yang tak tahu masalah rumah tangga abang sendiri tu tak payahlah nak menyebok masuk campur. Kadang depan mata kau nampak benda kecik je tapi cerita sebenar kau tak tahu pun punca sebenar abang dan kakak ipar kau gaduh. Padahal gaduh sebab kau. Kau tak tahu. Kau jadi adik ipar jangan jadi batu api. Kau dengan abang kau hubungan takkan terputus. Air dicincang takkan terputus. Kau tak tahu ke peribahasa tu. Apa lah kau belajar masa sekolah dulu kan. Sebagai adik-adik kau janganlah rosakkan hubungan abang dan kakak ipar kau. Biarlah mereka bahagia. Sebab kalau mereka berpisah mungkin takkan berbaik sampai bila-bila dah. Kau tak apelah. Air dicincang kan takkan terputus. Ingat tu.

Pesanan kepada adik ipar aku dan spesis macam dia.
Kau orang dah kahwin nanti baru kau faham perasaan seorang kakak ipar. Tak kena kat batang hidung kau bolehlah kau buat perangai buruk kau. Bila kena kat batang hidung kau nanti, akulah orang pertama gelakkan kau. Orang macam ni takkan sedar salah sendiri melainkan tak ditegur. Kalau tegur pun melenting tak guna. Baik kakak ipar macam aku ni perhati je perangai buruk kau. Ingat, kifarah dari Allah tu ada. Berubahlah adik-adik ipar yang berperangai sebegini. Jangan nak fikir negatif je pasal kakak ipar kau tu. Banyak lagi kerja lain kau boleh buat selain fikirkan rumah tangga orang lain.

KAKAK IPAR

– Kakak ipar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments