(Video) 'Kau sanggup sihir Hamzah sampai berbuih mulut dia kau buat!' - Abang Hidayah dedah anak saudaranya menderita disihir sejak kematian Abam Bocik



Abang kepada Siti Nor Hidayah, Mohd Azmier Zmier mendedahkan anak saudaranya, Hamzah, disihir sehingga tidak mampu memegang sudu ketika makan. Selain itu, Hamzah juga dikatkaan tidak mampu untuk menulis dan melukis seperti biasa. 


"Mana ayahjang tak sedih melihat keadaan ucuk (Hamzah) biasa tangan kanan sihat, sekarang nak makan pegang sudu pun terjatuh. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. 


"Sanggup kau (penyihir) buat anak ayah. Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk agar ucuk boleh menulis dan melukis memegang seperti biasa. Orang yang sihir anak ayahjang ini akan menerima balasannya daripada Allah dan binasa," katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi. 


Menurut Mohd Azmier, anak kepada arwah Abam Bocik berkenaan banyak melalui penderaan semenjak bapanya meninggal dunia di mana Hamzah katanya disihir sejak daripada berusia bayi lagi yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar tidur lena pada waktu malam. 


"Sejak ayah dia meninggal, dari baby kau sihir ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur. Menangis-nangis sampai tidur dia tak lena kau sihirkan. Sampai dah besar sikit ini pun kau masih sanggup hantar sihir, sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital. 


"Dia baru keluar dari ward Sabtu lepas. Masa di ward pun kau sanggup hantar sihir bau bangkai dalam bilik Hamzah. Aku ada masa tu sebab aku yang menjaga dan melawat dia. Tak pernah aku nak update tentang ucuk aku sebab takut kau akan hantar lagi jahat untuk menyakiti dia. Sampai doktor sendiri tak dapat kesan apa sebenarnya sakit yang dialami oleh Hamzah. 


"Apa ucuk aku buat pada kau?! Sanggup kau buat dia macam ni. Selama ini aku diamkan sahaja tetapi sekrang aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku. Kau asyik hantar-hantar sihir budak ini sihat je. Kau hantar lagi sihir dan hantar sihir cuba nak sakitkan urat saraf ucuk aku pula. Sampai berbuih mulu dia kau buat. 


"Sekarang aku tak boleh tahan dengan kau. Selama ini aku diam jer, tak nak beritahu sesiapa. Tetapi kau dah melampau, sanggup buat pada budak yang tak tahu apa-apa. Memang kau tak ada telur! Pengecut! Budak bukan lawan kau! Dengan budak kau berani la sihir-sihir," katanya yang dipercayai mengetahui siapa individu yang melakukan sihir terhadap dua beranak berkenaan. 



Dalam pada itu, Mohd Azmier turut meminta bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk merawat Hamzah sehingga sembuh. Mohd Azmier juga berdoa agar individu yang menjadi dalang penghantaran sihir itu akan didedahkan kepada umum. 


Sumber: Facebook Mohd Azmier Zmier

No comments