3 maut, 1 parah dalam kemalangan rempuh belakang lori, berdekatan Stesen Minyak Caltex di Tanjung Musang
Tiga penunggang motosikal dilaporkan maut, manakala seorang lagi rakan mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang berlaku pada malam tadi di Jalan Langgar, berhampiran Stesen Minyak Caltex di Tanjong Musang, Pokok Sena, Kedah.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam Selasa di mana tiga mangsa terbabit maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan mangsa keempat sedang menerima rawatan di hospital.
Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang kesemua mangsa berusia dari 14, 19, 21 dan 23 tahun itu telah merempuh bahagian belakang sebuah lori.
Video daripada orang awam menunjukkan dua mangsa tercampak di lorong kecemasan dan dua lagi mangsa tercampak ke tengah jalan. Seorang mangsa yang selamat pada ketika itu dilihat cuba bergerak ke bahu jalan dalam kesakitan, bagi mengelakkan dirinya digilis kenderaan yang sedang lalu lalang..
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan itu berlaku selepas lori tersebut bergerak dari sebuah stesen minyak ke laluan utama, setelah selesai mengisi gas.
"Ketika berada pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak dan bergerak terus di lorong kiri, kenderaan berat tersebut secara tiba-tiba dirempuh empat motosikal di bahagian belakang," katanya.
Sumber: Telegram, Utusan Malaysia
Post a Comment