Lelaki kantoi intai isteri jiran mandi, ditahan polis



Polis menahan seorang lelaki di Bayan Lepas, selepas perbuatannya yang kerap mengintai isteri jirannya mandi, terbongkar.

Lapor Harian Metro, mangsa hanya mengetahui perbuatan terkutuk lelaki itu selepas menerima video yang dirakam oleh anak jirannya pada jam 8 pagi daripada aplikasi WhatsApp.


Dalam video itu jelas menunjukkan suspek mengintai mangsa yang sedang mandi dari bahagian belakang bilik. Terkejut dengan perbuatan terkutuk suspek, mangsa segera membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek berusia 32 tahun untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati, suspek sudah kerap mengintai mangsa. 


Suspek direman sehingga 6 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

No comments