'Kalau seminggu ayah tak balik, terus call polis' - Mesej terakhir bapa sebelum dibunuh Bomoh Tarik Duit



Seorang lelaki membuat laporan polis berhubung kehilangan bapanya yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 24 Mac 2023. Berdasarkan mesej terakhir yang dihantar kepada ahli keluarga, mangsa dipercayai berada di Banjarnegara.


"Ayah di rumah Mbah Slamet. Sebagai langkah berjaga-jaga, kalau umur ayah pendek, misalnya tak ada khabar sampai seminggu, terus hubungi pihak berkuasa". 


Bertindak di atas petunjuk itu, polis telah berjaya mengesan kedudukan mangsa yang telah tidak bernyawa dan ditanam di tanah kebun milik seorang bomoh tarik duit.


Siasatan awal pihak polis mendapati, 20 Mac 2023, mangsa datang bersendirian ke rumah suspek dengan menaiki kereta. Kedua-dua mereka dipercayai berbalah kerana suspek bengang dengan tindakan mangsa yang kerap meminta wangnya digandakan.




Difahamkan, mangsa telah 'melabur' kira-kira Rp 70 juta (RM20.6K) dan suspek ada berjanji akan mengandakan wang itu sebanyak Rp 1 miliar (RM295K). Namun wang yang dijanjikan itu tidak kunjung tiba. 


Mangsa mula menagih suspek menunaikan janjinya dan mengancam akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Ugutan mangsa membuatkan suspek berasa jengkel sebelum berpura-pura memberi mangsa segelas air untuk diminum. 


Selepas minum air beracun itu, mangsa menggelupur sehingga meninggal dunia. Mayatnya ditanam di tanah kebun milik suspek. 




Polis kemudian membawa suspek ke lokasi kejadian untuk menggali dan mendapatkan semula mayat bapa pengadu. Apa yang mengejutkan lagi, polis turut menemui 10 lagu mayat individu lain yang dipercayai mangsa suspek. Kesemua mayat-mayat itu dikuburkan dalam satu lubang yang sama. 


Polis kini sedang menyiasat identiti-identiti mangsa dan menasihatkan penduduk yang kehilangan anggota keluarga untuk segera membuat laporan di balai polis terdekat dan seterusnya menjalani proses indentifikasi.


Suspek kini berdepan dengan hukuman mati, atau penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara.


Sementara itu, Ketua Desa Balun, Mahbudiono berkata, suspek jarang bergaul dengan penduduk. Malah mereka juga tidak tahu apa pekerjaannya. Sehinggalah ada penduduk yang datang mengadu kepadanya mengenai penipuan suspek.


Sumber: Kompas

No comments