'Saya tak bawa pasport sebab takut tercicir' - Pelancong China dakwa diperas ugut polis RM200, siap tularkan 'video sekerat' di media sosial China
Baru-baru ini seorang ahli politik memuat naik video menunjukkan seorang pelancong China membuat tuduhan serius terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menurut wanita berkenaan, anggota polis itu telah meminta suapan (rasuah) daripadanya sebanyak RM200 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak membawa dokumen perjalanan diri (pasport) ketika berada di luar.
Namun, wanita itu tidak mempunyai wang dan pemandu Grab yang membawanya ketika itu menawarkan diri untuk meminjam sebanyak RM100. Tetapi wanita itu mendakwa anggota berkenaan tetap berkeras meminta RM200.
Lebih teruk lagi, video itu kini tular di serata media sosial di China, sekali gus menimbulkan persepsi yang buruk terhadap Malaysia.
Sementara itu, penterjemah bebas di Twitter, Mandarinjer memaklumkan, wanita itu bukan sahaja memberi alasan yang tidak masuk akal mengenai kegagalannya membawa pasport. Malah, dia turut menaburkan fitnah yang tidak berasas.
Berikut terjemahan yang dibuat oleh @mandarinjer:
"Saya telah diperas ugut oleh polis yang membawa senjata di Malaysia. Selepas makan malam di sebuah restoran, saya nai kGrab lebih kurang jam 11 malam. Grab bawa separuh jalan dan tiba-tiba berhenti. Saya bertanya kenapa berhenti. Pemandu Grab kata ada sebuah kereta polis mengekori dari belakang. Anggota polis kemudian keluar dan mengetuk tingkap.
"Dia tanya saya dari mana, saya kata dari China. Dia pun meminta pasport saya. Saya kata saya tertinggal pasport di hotel, tak bawa. Saya kata saya boleh berikan kad pengenalan China, permit dan gambar pasport saya. Anggota polis itu kata tak boleh, kena ada cop visa Malaysia atau kena pergi ke balai.
"Waktu itu, saya cari nombor telefon Kedutaan China. Semua nombor yang dihubungi langsung tidak dijawab. Kemudian, pemandu Grab beritahu saya bahawa polis mahukan 'cash'. Tapi saya tak bawa wang tunai.
"Pemandu Grab kata dia boleh pinjamkan wangnya RM100. Tetapi polis kata tak boleh. Pemandu Grab kemudian keluarkan RM200 dan kata itu sahaja wangnya yang ada. Tetapi polis kata kena tambah lagi RM100.
"Pada waktu ini kawan (Malaysian) di sebelah saya meminta saya berhenti bercakap dan dia merayu pada anggota polis berkenaan. Memandangkan kami betul-betul tiada wang tunai, dia mengambil RM200 itu dan beredar meninggalkan kami.
"Kawan saya kata, selalunya kalau tak ada wang tunai, polis akan bawa pergi ke mesin ATM untuk keluarkan duit. Kalau awak tak nak keluarkan duit, polis akan bawa pergi ke balai dan ditahan selama satu malam.
"Kalau kulit awak putih macam saya, ada rupa paras menarik, awak akan alami gangguan seksual berbentuk lisan dan fizikal.
"Merujuk kepada perkara ini, saya ada beberapa pertanyaan. Pertama, saya baru tahu di luar negara kena sentiasa bawa pasport. Saya pernah pergi hampir 20 negara dan pernah belajar di England. Sehinggalah di Malaysia, saya baru tahu mengenai perkara ini. Saya takut bawa pasport apabila keluar kerana bimbang ia tercicir.
"Kedua, apabila perkara berbahaya berlaku di luar negara, saya patut minta tolong daripada siapa? Polis setempat tidak boleh dipercayai. Pihak Kedutaan China tak jawab panggilan.
"Ketiga, kalau saya berseorangan diri tanpa kawan Malaysia, polis akan bawa saya pergi ke mana? Adakah saya akan selamat? Betul ke mereka ini polis? Semoga yang keluar melancong, semuanya selamat," katanya.
Pergi luar negara tak bawa pasport
— Mandarinjer (@mandarinjer) April 3, 2023
Alasan? Takut Tercicir 🤦♂️
Lepas tu, siap tokok tambah kata polis akan harrass orang yang kulit putih dan ada rupa macam dia
PALING PROBLEMATIK, tajuk berani dia letak "AKU DIPERAS UGUT OLEH POLIS YG MEMBAWA SENAPANG DI MALAYSIA"@PDRMsia… pic.twitter.com/W0mX1zOPiJ
Bagaimanapun, semakan pada video tular tersebut langsung tidak menunjukkan dakwaan yang dilemparkan. Sebaliknya, video itu hanya sekadar menunjukkan anggota polis itu meminta dia berhenti membuat rakaman video dan selebihnya, wanita itu bercerita tanpa sebarang bukti kukuh.
Sementara itu, polis tleah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelancong terbabit mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Anggota polis dan individu terbabit telah dikenal pasti dan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan.
Sumber: Twitter, MalaysiaKini
Post a Comment