'Tolong saya gais!' - Tomok kena bayar ganti rugi RM5,593, anak tertumpah pengilat kuku pada pakaian di butik Levi's
Semalam, penyanyi Tomok dan keluarganya berbuka puasa di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, seperti kebiasaan yang dilakukan oleh orang awam.
Selesai berbuka, Tomok berkunjung ke sebuah butik Levi's dan anaknya secara tidak sengaja telah tertumpah pengilat kuku pada beberapa pakaian butik tersebut.
Akibatnya, Tomok terpaksa 'membeli' beberapa seluar dan baju yang terjejas yang dianggarkan bernilai lebih dari RM5,000.
"Saya bersama family berada di The Garden untuk berbuka puasa. Jadi, sekarang dah pukul 9.30 malam, nak tutup kedai dah, wife saya nak beli seluar. Tapi satu kejadian yang berlaku tadi. Anak saya dah tertumpahkan pengilat kuku dekat baju dan seluar Levi's.
"Seluarnya berharga RM1,299, dan ianya bukan kena pada satu seluar, tetapi pada empat pasang seluar. Kemudian baju, sehelai berharga RM499, RM899.
"Gais, saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar daripada kedai ini. Saya kena bayar total dia selepas diskaun, saya dapat RM5,593.
"Err.. jadi saya nak juallah seluar ini kepada sesiapa yang nak beli. Saya bayar dulu tak apa, tapi saya akan jual baliklah sebab ini bukan saiz saya. Ini terlalu besar untuk saya.
"Ini seluar jeans Levi's American Finest, vintage collection. Ini memang salah saya, kalau siapa nak nak beli. Sila DM saya. Saya pun tak tahu ni, dah nak raya jadi macam ini pula. Ujian.. ujian.
"Doakan saya, siapa nak beli, DM saya. Tolong saya gais! Saya jual pun tak adalah ikut harga penuh, saya jual pun takde lah murah sangat. Takpe, inshaAllah ada rezeki yang lain untuk saya," katanya.
Isteri Tomok, Ayu Abas, turut kesal dengan apa yang berlaku.
"Maaf sangat kepada Levi's. Khilaf saya juga. Minta dipermudahkan urusan kami sekeluarga," katanya.
Netizen juga bersimpati dengan nasib Tomok sekeluarga tetapi mereka mencadangkan agar penyanyi itu menandatangani seluar jeans berkenaan agar boleh dijadikan sebagai seluar jeans limited edition bagi peminat yang mahu membelinya.
Sumber: Instagram Tomok
Post a Comment