‘Saya terkejut, terus berlari keluar sampai tergelincir!’ - Ular menyorok dalam lubang tandas, gigit 'bunggung' warga emas
Seorang lelaki dari Nonthaburi, Thailand yang sedang khusyuk membuang air besar di dalam tandas tiba-tiba merasa kesakitan yang luar biasa di bahagian bunggungnya sebelum menyedari kehadiran seekor ular sawa dari dalam lubang tandas.
Lapor Thaiger, mangsa, Witoon Sonapoon, 62, berkata dia sangat terkejut sehingga belari keluar dari tandas dan tergelincir.
Witoon yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Bang Yai untuk mendapatkan rawatan kerana gigitan ular itu telah menyebabkan luka berhampiran lubang duburnya.
Menurut Witoon, ular yang menggigit bunggungnya itu bersaiz besar dan dia percaya ular itu adalah ular sawa. Dan itu bukan kali pertama ular berkenaan 'melawat' tandas tersebut dan semua penghuni di rumah itu melihat kehadiran ular berkenaan.
Walaupun begitu, Witoon masih berani menggunakan tandas itu selepas penampakan ular empat hari yang lalu. Dia pernah melihat insiden yang sama berlaku pada orang lain sebelum ini tetapi tidak menyangka kejadian yang sama akan berlaku pada dirinya.
Mujurlah ular berkenaan tidak berbisa dan doktor tidak perlu memberi sebarang ubat anti-venom kepadanya. Walau bagaimanapun, ular sawa mempunyai gigitan yang sangat kuat dan boleh menjahanamkan bunggung mangsanya. Witoon bernasib baik ular itu tidak menyasarkan alat sulitnya.
Ekoran kejadian itu, keluarga Witoon mencabut mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan reptilia tersebut. Tetapi mereka tidak berjaya menemuinya yang mungkin telah 'berhijrah' ke tempat lain.
Post a Comment