Penuntut kolej kejururawatan maut dirempuh pelajar sekolah menengah yang tiada lesen memandu & langgar lampu isyarat merah



Seorang penuntut kolej kejururawatan maut dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang pelajar SMK Abdul Rahman Andak.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Nijha Ilhany, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


Manakala, pelajar terbabit, Muhammad Azrul Hakimi, 16, parah di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajah Kalsom, Kluang. 


Siasatan awal polis mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki ketika itu dalam perjalanan menghala ke sebuah pasar raya dari arah Johor Bahru. 


Tiba di persimpangan lampu isyarat, mangsa yang mahu membelok masuk ke pasar raya telah dirempuh oleh remaja berkenaan yang menunggang motosikal Modenas Kriss, dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru. 


Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting dan Nijah Ilhany mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia.


Sementara itu, pelajar sekolah terbabit alami kecederaan parah di kepala. Selain itu, polis turut mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu dan melanggar lampu isyarat merah pada waktu kejadian. 


Penjaga kepada Muhammad Azrul akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987



Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

No comments