Suspek terpengaruh dengan cerita 18SX, nafi dirinya geng kunyit
Siasatan awal polis mendapati, kakitangan lelaki di sebuah hospital yang didakwa mencabul pesakit lelaki adalah disebabkan terpengaruh dengan cerita-cerita berunsur lucah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Air Keroh, Setapak, jam 5 petang Khamis, 5 November 2020.
Suspek mengaku melakukan pencabulan itu terhadap mangsa kerana terpengaruh dengan cerita berunsur lucah daripada rakan sekerja yang bergurau lucah dan mendakwa pernah melakukan perkara itu kepada wanita.
Disebabkan cerita itu, suspek memendam perasaan dan berimaginasi sehingga berjumpa dengan pesakit lelaki berusia 27 tahun, Ahad, 1 November 2020.
"Suspek mengaku melakukan perbuatan itu, tetapi dia menafikan dirinya homoseksual. Polis turut merampas seluar dalam milik mangsa dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Difahamkan, insiden itu berlaku di dalam bilik x-ray hospital tersebut. Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment