Ibu hamil dibakar hidup² oleh kekasihnya kerana tolak permintaan gugurkan kandungan
Seorang wanita bernama Ellen Priscila Ferreira da Silva, 24, di Brazil dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya kerana menolak permintaan lelaki itu untuk menggugurkan bayi yang dikandung, hasil dari hubungan intim mereka berdua.
Lapor The Sun, Ellen yang sedang hamil empat bulan itu dibunuh oleh teman lelakinya sendiri, Ely Carlos dos Santos, 39, di Sao Paulo, Brazil..
Ellen dan kandungannya hangus terbakar dan polis yakin mangsa masih hidup ketika diikat dan disiram dengan minyak sebelum dibakar.
Keluarga mengesahkan mayat itu adalah mayat Ellen selepas mengenal pasti kereta yang terbakar itu adalah milik ibunya. Seramai empat orang suspek ditahan polis. Tiga lelaki berusia 19, 35 dan 38 tahun, manakala seorang suspek wanita berusia 36 tahun.
Suspek remaja lelaki berusia 19 tahun dan wanita terbabit mengaku terlibat dalam kes pembunuhan itu. Tetapi, dua lagi suspek menafikan penglibatan mereka.
"ini kes pembunuhan terancang dan sangat kejam. Suspek yang telah menghamilkan mangsa juga sudah berkahwin. Isterinya yang juga sedang hamil itu mengaku mengetahui kecurangan suaminya," kata Paulo de Tarso, pegawai yang mengendalikan kes tersebut.
Polis masih menjalankan siasatan dan mengenal pasti motif di sebalik pembunuhan mengerikan itu.
Post a Comment