'Bila mama papa tidur, saya buka pintu & BF terus masuk rumah' - Remaja hamil dinodai teman lelaki ketika PKP


Remuk hati ibu bapa apabila mendapati anak tunggal mereka yang dijaga dengan penuh kasih sayang dan didikan, rupanya sudah berbadan dua akibat terlanjur dengan teman lelaki. 


Lebih memedihkan, si anak dan teman lelakinya itu melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah ketika ibu bapanya keluar bekerja. Sesekali, mereka juga pernah mengulangi perbuatan itu di waktu malam di kala ibu bapanya lena dibuai mimpi. 


Difahamkan, ibu bapa berkenaan telah pun membuat laporan polis terhadap teman lelaki anaknya atas tuduhan merogol mangsa yang masih bawah umur. Bagi kesalahan itu, lelaki terbabit mungkin akan dihantar ke sekolah juvana sehingga usia 18 tahun dan setelah itu menyambung hukuman di penjara. 


SAYA temubual remaja ini bagaimana dia boleh mengandung. Remaja ini dengan jujur menceritakan kejadian itu di depan waris. Sebelum ini waris tidak mampu untuk bertanya kerana mereka masih dalam keadaan terkejut apabila mendapati anak tunggal yang ditatang bagaikan mutiara telah mengandung. 


"Boleh ceritakan di mana kejadian itu berlaku?" 


"Kawan itu datang ke rumah. Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak pergi sekolah. Mama dan papa kerja." 


"Bila kali pertama melakukannya?" 


"Di rumah mama, waktu siang"


"Ada buat selain di rumah mama?" 


"Takde..."


"Adakah setiap kali datang, melakukan persetubuhan?" 


"Ya, sebab takde sesiapa di rumah."


"Ada buat selain waktu siang?" 


"Ada.."

 

"Bila tu?" 


"Waktu malam..."


"Kalau malam, mama dan papa ada kat rumah. Macam mana tu?" 


"Masa tu papa dan mama dah tidur, kawan mesej beritahu dah sampai depan gate dalam pukul 1.00 pagi. Saya buka gate dan pintu, terus kawan masuk dalam bilik tidur."



"Mama tak pernah masuk ke bilik tidur kamu?"


"Tak.." 


"Mama pernah check telefon kamu?" 


"Tak..." 


Di dalam borang profile, pertanyaan kekerapan melakukan persetubuhan, jawapannya adalah lebih dari 10 kali. Betapa remuknya hati mama dan papa mendengar pengakuan anak ini. Sebelum ini mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anak. Anak sentiasa di rumah, tidak ke mana-mana. Anak sunyi dan bosan keseorangan di rumah dan kawan lelaki ambil kesempatan. Rakan sebaya satu sekolah saja, memang mama dan papanya kenal sebab itu tidak menyangka sanggup menodai anak mereka. 



Sudah sekali mencuba, ia menjadi biasa apabila tidak pernah terperangkap dan tertangkap. Memang licik melakukan kerja. Namun sekali sperma dan telur tersenyawa, habislah tak boleh sorok dah tubuh yang kian mengembang. 


Kenapa saya dedahkan cerita ini? Untuk membuka minda dan fikiran ibu-ibu di luar sana. Waktu PKP keluar bekerja, sekolah cuti, anak ada di rumah, berhati-hati ya. 


Ada duit, pasang kamera litar tertutup (CCTV). Walaupun rumah di kawasan yang ada sekuriti, belum ada jaminan tak ada orang luar tak boleh menyelinap masuk. Biarlah menyesal dahulu, keluar sedikit duit untuk memastikan keselamatan anak-anak di rumah ketika ibu dan ayah tiada di rumah. 



Sumber: Baitus Solehah

No comments