Wanita maut terjatuh dari balkoni kuarters Presint 9, Putrajaya

Seorang wanita warga emas berusia 60-an maut dipercayai terjatuh dari tingkat 8 kediaman anaknya awal pagi tadi.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi (Rabu 7/10/2020) di Presint 9 Fasa 2, Putrajaya, mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni lalu terkena dahan pokok sebelum terhentak di lantai gelanggang takraw. 


Mayat mangsa ditemui oleh warga penduduk selepas solat Subuh sekitar jam 6.30 pagi yang kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa. 


Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. 


Menurut sumber, mangsa tinggal bersama anaknya di kuarters itu yang baru saja setahun menetap di kediaman tersebut.

No comments