2 artis terkenal akan dipanggil SPRM untuk siasatan pengubahan wang haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil dua artis terkenal bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram yang dijalankan oleh sindiket Macau Scam dan perjudian online.
Menurut laporan Harian Metro, dua artis (lelaki dan wanita) terbabit terkenal dalam bidang lakonan dan pengacaraan dan mempunyai followers lebih 1 juta di media sosial dan menjalankan perniagaan.
SPRM memanggil dua artis berkenaan selepas tiada artis yang tampil memberi keterangan secara terbuka setelah diminta berbuat demikian beberapa hari lalu.
"SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.
"Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," kata sumber tersebut.
LAGI LAPORAN BERKAITAN DENGAN SINDIKET MACAU SCAM DAN PERJUDIAN ONLINE
Sumber: Harian Metro
Post a Comment