(Video) 'Allahuakbar, kenapa buang anak macam tu' - Bayi baru lahir ditemui dalam kotak tepi gerai makan
Sekumpulan peniaga di kompleks niaga Bangunan UDA di Jalan Bendahara, Pasar Besar Kuala Kangar menemui seorang bayi baru lahir dan masih bertali pusat.
Menurut peniaga gerai makanan, Mohamad Kamal Ashari, 25, berkata, bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah kotak yang diletakkan di kaki lima gerainya dalam keadaan yang masih bertali pusat, berdarah dan dialas dengan kain tuala pada jam 9 pagi Jumaat, 23 Oktober 2020. .
"Saya datang ke gerai jam 9 pagi. Namun menurut peniaga lain, kotak itu sudah berada di situ sejak gerai bersebelahan mula dibuka kira-kira jam 7 pagi.
"Mulanya kami ingat ada orang buang anak kucing memandangkan penduduk setempat gemar membuang kucing di kawasan ini. Bagaimanapun timbul perasaan curiga apabila saya terdengar tangisan bayi itu, namun bunyinya sangat perlahan.
"Mungkin disebabkan bayi malang itu diserkup dengan tuala, justeru peniaga lain tidak menyedari tangisannya," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Sementara itu, peniaga Zainab Wahab, 51, berkata, dia menyedari kotak itu berada di situ ketika membuka gerainya pada jam 6.50 pagi tetapi tidak mengesyaki apa-apa.
Pada sangkaanya mereka, kotak itu berisi anak kucing yang berkemungkinan dibuang oleh orang dan tambahan pula mereka ketika itu sedang sibuk memulakan perniagaan dan melayan pelanggan, membuatkan mereka langsung tidak mendengar tangisan bayi berkenaan.
Penemuan bayi itu kemudian dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan tidak beberapa lama selepas itu, kakitangan Hospital Kuala Kangsar dan polis datang ke lokasi.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, mengesahkan penemuan bayi berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Post a Comment