Beranikan diri luahkan perasaan, Atok ini tak sangka dapat berkahwin dengan gadis berusia 17 tahun

Baru-baru ini warga maya di Indonesia dikejutkan dengan sebuah majlis pernikahan pasangan yang berbeza usia di Subang, Jawa Barat, Indonesia. Ini kerana jarak usia mereka lebih dari 50 tahun. 


Pengantin lelaki berusia 78 tahun, manakala pengantin perempuan masih berusia 17 tahun. Hantaran mewah yang dihantar menggunakan dua lori 'pikap' turut menjadi perbualan netizen. 


Gambar-gambar pernikahan pasangan itu juga viral di media sosial. Warga emas berkenaan dikenali sebagai Abah Sarna, sementara isterinya Noni Novita Handayani.


Kisah percintaan mereka bermula apabila Abah mencari minyak untuk menghidupkan mesin yang biasa digunakan untuk mengairi sawah. Abah kemudian membeli minyak tanah di rumah Noni dan secara tidak sengaja ternampak gadis itu. 


"Saya sempat bertanya kepada orang tua dia, itu anak siapa?" katanya. 


Setelah mengetahui Noni adalah anak sulung kepada pemilik warung, Abah memberanikan diri untuk mengajak berkenalan dan sejak dari hari itu, Abah selalu datang membeli minyak tanah untuk mesinnya. 


"Noni juga selalu menghantar minyak tanah itu ke sawah Abah dan kami selalu berbual lama di sawah," katanya.


Hari demi hari, terbitnya benih-benih cinta sehingga akhirnya Abah membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Noni. Namun begitu, hasrat Abah itu ditolak oleh keluarga Noni. Tapi tanpa diduga, keluarga Noni membuat U-Turn. Seminggu kemudian, pasangan itu pun melangsungkan pernikahan.



Sementara itu, Noni sendiri mengaku dia menerima cinta dari Abah kerana lelaki itu walaupun tua berkedut, tetapi orangnya suka bergurau dan mengambil berat tentang dirinya. 


"Abah orangnya baik, ambil berat dan penyayang. Orangnya juga suka bergurau. Jadi, saya pun suka," kata Noni tersipu-sipu malu, yang juga berharap mendapat zuriat bersama Abah. 


"Harapnya dapat zuriat, satu pun sudah cukup," kata Noni. 


Sumber: Sosok

No comments