Lelaki bunuh bekas isteri sebab sakit hati dengan bekas mertuanya

Seorang lelaki berusia 25 tahun di Aceh, Indonesia, ditahan polis pada Khamis (15/10/2020) kerana didakwa membunuh bekas isterinya dua tahun lalu. 


Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Gayo Lues, Iptu Irwansyah mengesahkan penangkapan suspek itu selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa. 


Mangsa berusia 17 tahun pada akhir tahun 2018, dilaporkan hilang pada dan keluarganya membuat laporan polis pada Julai 2020. 


Kertas siasatan dibuka dan sejumlah saksi disoal siasat polis yang akhirnya membawa kepada penangkapan lelaki bernama Gok disyaki berkaitan dengan kehilangan mangsa. 


Setelah didesak, Gok akhirnya mengaku telah membunuh bekas isterinya itu kerana berdendam dengan orang tua bekas isterinya. 


Berdasarkan keterangan suspek, orang tua bekas isterinya tidak suka kepadanya.


Gok dan mangsa bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga. Tidak beberapa lama selepas itu, mangsa menghubungi bekas suaminya itu dan meminta untuk mengikutinya. 


Gok akur dan membawa mangsa ke satu lokasi di mana Gok sebenarnya sudah merancang untuk membunuh mangsa. Di lokasi itu juga, Gok sudah menyediakan sebilah pisau. 


Selesai menghabiskan nyawa mangsa, Gok membuang mayatnya ke dalam semak samun. 


Setelah dimaklumkan mengenai lokasi kejadian, polis terus pergi ke lokasi dan menemui kerangka tulang manusia dan beberapa bahagian tulang yang sudah rapuh. 


Akibat perbuatannya itu, Gok bakal dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup. 


Sumber: Agensi

No comments