'Saya harap dia mati kelaparan' - Ibu kurung bayinya (hasil dari hubungan sulit) dalam almari sejak dilahirkan

Seorang wanita tergamak mengabaikan bayinya dengan harapan anaknya itu mati akibat kelaparan. 


Perbuatannya janda anak tiga itu terbongkar selepas Katya itu ditemui oleh rakan ibunya dalam keadaan kurus kering.


Yulia yang berasal dari Karpinski, Rusia, melahirkan anak ketiganya itu pada April 2020. Katya merupakan hasil hubungannya bersama suami orang, selepas dia bercerai dengan suaminya.


Pada hari kejadian, Yulia menganjurkan majlis hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia 13 tahun. 


Salah seorang rakannya kemudian terdengar suara tangisan bayi yang datang dari salah sebuah bilik di rumah Yulia.


Apabila ditanya mengenai perkara itu, Yulia memaklumkan itu mungkin bunyi dari patung mainan anaknya yang diletakkan dalam salah satu bilik yang telah dijadikan sebagai stor dan pintunya berkunci. 


"Saya rasa itu hanya mungkin bunyi patung, kadang-kadang ia menangis sendiri," kata Yulia.


Namun, jawapan itu tidak memuaskan hati rakannya. 


Salah seorang tetamu wanita kemudian mengambil keputusan untuk memeriksa bilik tersebut dan apabila dia masuk ke dalam bilik itu dan membuka almari, alangkah terkejutnya dia menemui seorang bayi yang diletakkan dalam beg dalam keadaannya yang kurus kering/


Para tetamu terkejut dan bagaikan tidak percaya Yulia tergamak membuatkan anak kandungnya seperti itu. 


Anak-anak Yulia yang lain tahu mengenai perkara itu. Tetapi mereka telah diugut untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai mangsa.


Difahamkan, anak sulung Yulia yang selalu memberi makanan kepada Katya.


Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa dan membawanya ke hospital di Yekaterinburg untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kekurangan nutrisi. 


Siasatan awal mendapati, Yulia sengaja berbuat demikian kerana berharap anaknya itu mati kelaparan. 


Yulia ditahan dan didakwa melakukan penderaan kanak-kanak serta berdepan dengan hukuman penjara selama 7 tahun jika sabit kesalahan.


Yulia juga diarahkan menjalani ujian psikiatri.



Sumber: Daily Mail

No comments