'Virus (Covid-19) ini tak suka air panas' - Beri petua 'mitos', Menteri Kesihatan dikritik doktor & netizen
Dalam program bual bicara TV1 petang semalam, Adham berkata amalan meminum air suam dapat menghalang virus Covid-19.
"Virus ini tak suka panas. Jangan (air) panas sangat lah. Virus ini akan dinyahkan, disingkir dan di perut. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.
"Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah," katanya sambil minum air.
Sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan menolak mitos tersebut.
Sementara itu, Dr Amalina Bakri juga menegaskan kenyataan Menteri Kesihatan itu tidak boleh digunapakai.
Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing 1m. https://t.co/QeqS9YJVQw— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 20, 2020
"Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 metre.
"Just to be clear, heat about 60 degree celcius boleh inactivate virus di luar badan. Tapi bila sudah dalam badan kita, minum air panas tak akan melemahkan virus itu.
"There's also no evidence that acid in your stomach can kill the virus. Having said that, drinking water is good to keep you hydrated but it doesn't inactivate the virus in anway," katanya di Twitter.
Netizen juga menggesa Menteri Kesihatan yang baharu ini meletak jawatan dari terus mengeluarkan kenyataan yang 'merapu'.
So frustrating that the initial tweet was to follow advice from KKM, tapi lepastu menteri kesihatan pulak promote pasal benda fake. 😪— N'kolo Gante (@NkoloGante) March 20, 2020
I will trust Dr. Noorhisham much better than this health minister. Is he a med dr or a philosophy Dr??? Damned...bloody confused now. Malu rasa. If he is not good in public speaking, just stick to the Movement Control which says “Stay at Home”— faizalKMME (@FaizalKmme) March 20, 2020
⚘ Okay la.. aku setuju menteri kesihatan sekarang ni memang lembab sikit... tetapi Si Amalina ni .. macam dia bagus sangat.. semua hal dia nak komen.. naik nyampah aku tengok muka minah tu.. ni semua sebab kerajaan terdahulu beri muka sangat kat si Amalina tu..— Kerajaan Rakyat (@KerajaanRakyat2) March 20, 2020
Sekiranya kita boleh bunuh #COVID19 dgn minum air suam saja, then tak perlulah ada #socialdistancing #PerintahKawalanPergerakan #RestrictedMovementOrder kan?https://t.co/t1lS1cya1I— Helmy Haja Mydin (@dochelmy) March 20, 2020
Sumber: MalaysiaKini, Twitter Dr Amalina
Post a Comment