Suami pukul isteri sampai mati kerana bengang anak perempuannya berseluar pendek
Seorang lelaki di Banjarasin Timur, Indonesia tergamak menganiaya isterinya sampai meninggal dunia.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam Sabtu 7 Mac 2020 lalu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan ketika itu dia mendapati anak perempuannya memakai seluar pendek yang terlalu singkat.
Bengang dengan itu, suspek mengejutkan isterinya (46) yang sedang tidur untuk bangun menegur anak mereka.
Mangsa bangun tetapi anak perempuannya meminta dia tidak mengendahkan bapanya yang sedang mabuk.
Emosi mendengar kata-kata itu, suspek terus menyerang isterinya. Suspek mengambil bekas berisi air lalu disiram pada tubuh isterinya yang masih berada di tempat tidur. Tidak cukup dengan itu, suspek melempar bekas itu lalu terkena pada kepala mangsa.
Selepas itu, suspek mengambil raket dan bingkai gambar untuk memukul isterinya sehingga terkulai sambil sujud memegang dadanya.
Mangsa sempat memberitahu suaminya yang dadanya sakit, tetapi tidak dipeduli dan suspek terus keluar dari rumah.
Jiran-jiran yang terdengar kekecohan itu terus datang dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan setibanya di hospital, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Susulan itu, jiran mangsa terus membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Warta Kota
Post a Comment