'UMNO tak selesa, mungkin ada agenda tersembunyi' - Pemimpin UMNO tak puas hati Azmin dilantik Menteri Kanan


Beberapa pemimpin UMNO mula menyuarakan rasa kurang selesa apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Azmin ALi sebagai menteri kanan, yang juga baru-baru ini menyertai BERSATU. 

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman berkata, ada 'agenda' tersembunyi dan tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang lebih besar daripada itu. 

"Ini adalah isyarat yang tidak bagus. UMNO tidak berapa selesa melihat perkara itu. Bagi saya (pelantikan Azmin) itu sebagai penerusan agenda BERSATU dan mungkin lebih daripada itu. 

Tajudin juga berkata, pembahagian portfolio kepada Ahli Parlimen UMNO juga dilihat tidak seimbang dan menyukarkan UMNO untuk terus berkhidmat membantu rakyat. 

"Kita tengok jawatan yang diberikan kepada UMNO pun jawatan yang tidak boleh membantu rakyat. Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar - BERSATU. 

"Macam Kementerian Pertahanan jaga keselamatan saja dan apa yang kita boleh bantu rakyat di kampung-kampung yang melibatkan petani dan nelayan?

"Tanpa keseimbangan dari segi portfolio kepada UMNO, ia akan menjejaskan kedudukan UMNO dalam politik negara," katanya. 

Sementara itu, veteran UMNO, Shahrir Samad juga mendakwa semangat en bloc Perikatan Nasional (PN) juga hilang selepas Muhyiddin diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri kelapan. 

"Keputusan dan tindakan secara en bloc oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk Muhyiddin menjadi perdana menteri. 

"Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat en bloc itu. 

Sumber: MalaysiaKini

No comments